Rakyat

Anda Kena Kuarantin? Ini Cara Semak Kelayakan Untuk ‘Claim’ RM50 Sehari Melalui MySalam

657
SHARES

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Mungkin ramai yang tahu bahawa pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.Bukan itu sahaja, buat anda yang perlu menjalani tempoh kuarantin akibat Covid-19, sebenarnya anda juga boleh ‘claim’ pembayaran tunai sebanyak RM50 sehari. Jom kita tengok cara-caranya.

CARA CLAIM MYSALAM, SEHARI RM50

Sekadar perkongsian..mungkin ada yang sudah tahu , mungkin ada yang belum. Ok.. saya mau share untuk sesiapa yang kena kuarantin tu kamu boleh claim MY SALAM. Walaupun kamu kena kuarantin di rumah kamu masih boleh CLAIM. Rm50 sehari. Contoh kamu kena kuarantin 10hari (50×10)= Rm500. (Minimum claim 1hari maximum claim 14 hari).

Tetapi , sebelum melakukan claim.. kamu mesti check kelayakan dulu , kalau LAYAK baru boleh Claim .. cara check kelayakan boleh ikut step ini.

1. Layari www.mysalam.com.my

2.Masukan kad pengenalan tanpa (-)

3.Klik semak

4.Di bawah ada dia nyatakan tu LAYAK ATAU TIDAK LAYAK

Jikalau kamu LAYAK .. ada 2 cara untuk tuntut.

Cara pertama: TUNTUTAN MELALUI ONLINE

1.Log masuk ke portal

2. Kalau belum daftar my salam sila daftar dahulu. Klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yang diarahkan.

3.Kalau sudah daftar dia minta pengesahan no telefon. Jikalau no telefon sudah tidak boleh digunakan , sila call talian bantuan. Dorg akan bantu reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD BARU dan KEMASKINI PROFILE.

4.Selepas KEMASKINI PROFILE baru la klik TUNTUTAN- PENYERAHAN TUNTUTAN- TUNTUTAN HOSPITALISASI-MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN- PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL)- MUAT NAIK COPY IC- MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 ( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)- HANTAR

5.Selepas hantar.. kena tunggu la keputusan.

Cara kedua

Boleh pergi ke mana-mana kiosk MYSalam , bawa copy Ic dan borang Annex 14&17. Kalau area LABUAN, kiosk mySALAM di hospital Nukleusb (bersebelahan dengan Atm bank rakyat tu). Serahkan saja document dikiosk sana, nanti dorg bantu key in kan.
Paling penting, pastikan no akaun kamu tu di isi kalau yang apply melalui online.

Sumber: Beritabayu.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×