Kini Trending

Cara Beli & Redeem Voucher Hotel Di Shopee, Harga Berbaloi!

7
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang menggunakan kelonggaran merentas daerah dan negeri ini sebagai tempoh untuk bercuti. Bila dah pergi bercuti, pasti anda akan menginap di hotel-hotel yang terpilih bagi menghilangkan penat dan beristirehat. Oleh itu, terdapat cara yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan diskaun berbaloi jika ingin menginap di hotel dengan cara beli & ‘redeem’ voucher di Shopee. Berbaloi!

Baca juga: Mulai 1 November Boleh Ke Negeri Sabah Dengan Syarat…

CARA REDEEM VOUCHER HOTEL DI SHOPEE, BERBALOI!

Since ramai yang curios and tanya macam mana nak beli and redeem voucher hotel dekat shopee. Meh saya nak share in case ada yang masih lagi tak tahu .

1. Bukak Shopee

2. Click Shop Malaysia

3. Click Cuti-Cuti Malaysia

4. Claim voucher. Ada RM 50 dengan RM 100 . Lepas claim , boleh proceed nak hotel yang mana.

5.Masukkan code yang claim tadi , then kena buat payment guna Shopee Pay.

6.Dah payment, nanti email hotel untuk reservation.

7. Tunggu hotel reply confirmation number lepas tu sesiap la packing baju pergi check in.

Cara nak redeem semua ada tulis dekat situ. Make sure buat room reservation 3 days in advance. Ada setengah hotel tu required 2 days je . Kalau last minute stay tak suggest korang untuk guna. Sebab selalunya konsep voucher ni untuk in advance sahaja melainkan staff reservation tu tak busy nak attend korang punya reservation.

Tapi as a reservation agent, nak pesan kat korang tolong jangan buat last minute booking if nak guna voucher. Kalau date korang nak check in tu weekdays mungkin ok kot . If weekend please book in advance . Staff pun akan ambik masa juga nak verify voucher ni dengan pihak Shopee .

Contoh template email.

Baca juga tnc sebelum proceed pembelian ya. Sekian sahaja sharing dari saya.Harap membantu .

Sumber: Farah Soraya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×