Asuh

Siapa Cakap Anak Menangis Pergi Sekolah Tak Normal? Ini 4 Tricks Mak Ayah Boleh Buat

31
SHARES

Masalah anak tidak mahu ke sekolah merupakan satu perkara biasa sering dihadapi oleh ibu bapa. Pagi-pagi lagi pasti sudah ada adegan air mata dan sesi memujuk bersama anak lebih-lebih lagi jika itu merupakan pertama kali si anak pergi ke sekolah.

Sebenarnya, ada beberapa tricks ibu bapa boleh cuba untuk memujuk minat anak agar pergi ke sekolah. Dengan hanya 4 cara mudah, pasti anak-anak terbuka hati dan gembira untuk ke sekolah. Nak tahu apa? Jom kita baca penerangan lanjut oleh OT, Maryam Jamadi di laman Facebooknya.

Baca juga: ‘Tak Pandai Guna Tandas Cangkung’- Cikgu Pesan Mak Ayah Kena Prepare Baju & Seluar Track Dalam Beg Anak

SIAPA CAKAP ANAK MENANGIS PERGI SEKOLAH TAK NORMAL?

cara pujuk anak pergi sekolah

“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?” 

Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.  Masalah ini lagi normal kalau anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh, jarang keluar rumah dan ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.

Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:

1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR 

cara pujuk anak pergi sekolah

Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara:

– Selalu bacakan buku dengan anak.

– Cerita kepentingan ke sekolah.

– Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah.

– Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.

Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah. Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.

2. MENANGIS ITU NORMAL 

cara pujuk anak pergi sekolah

– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.

– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).

– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.

3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH 

– Pasti ada punca kenapa anak menangis, tak mahu bangun pagi? Mengantuk sebab tidur lewat? Takut dengan cikgu? Kawan-kawan bising? Tak suka duduk lama? Bosan?

4. CARI JALAN PENYELESAIAN 

– Mengantuk sebab tidur lewat? Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).

– Takut dengan cikgu? Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.

– Tak suka duduk lama? Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.

– Bosan? Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.

– Takut suasana baru? Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat. Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah.

Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.

TERLALU AWAL NAK CHECK NORMAL ATAU TIDAK DALAM MINGGU PERTAMA

Walau bagaimanapun, menurut OT, Maryam Jamadi terlalu awal untuk kita tentukan ia normal atau tidak sekiranya hanya dalam minggu pertama persekolahan.

Jelasnya juga, sekiranya anak berusia 5 tahun tetapi tidak pandai membaca dan menulis ia masih dikira normal dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Sumber: Facebook Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×