Dapur

Tak Payah Patahkan, Ini Cara Pilih Bendi Dengan Betul & Senang…

31
SHARES

CARA PILIH BENDI

Setiap kali beli bendi di luar, pasti ada segelintir pembeli yang bertindak mematahkan hujung kepala bendi untuk mengetahui benda tersebut muda atau tua. Tabiat tersebut tidak bagus sebenarnya kerana akan mendatangkan kerugian terhadap penjual.

Janganlah buat seperti itu dan apa kata anda cuba cara yang dikongsi oleh Ida Shahida untuk memilih bendi dengan betul dan senang tanpa merosakkan jualan si penjual. Ikuti caranya di bawah.

Baca juga:  Buat ‘Hantu Petai’, Ini Cara Simpan Petai Yang Dah Bertahun Supaya Kekal Fresh & Tak Kecut!

TAK PAYAH PATAHKAN, INI CARA PILIH BENDI DENGAN BETUL & SENANG

Menerusi perkongsian Ida Shahida di Facebook, tangkai tidak berlubang menandakan bahawa bendi muda manakala tangkai berlubang pula menandakan bendi itu tua.

Cara nak pilih bendi tolong jangan patahkan kepala dia. Habis semua dipatahkan, nak beli pun tak ada mood. Tak elok dah rupa dia kalau buat macam itu.

Kalau nak kepak juga pilihlah yang warna hijau muda sebab warna hijau muda kacang tu belum keras lagi, kalau keras pun keras sikit sahaja masih boleh dimakan.

Kalau dah masa pegang pun kita dah boleh tahu dia dah tua. Jangan dipatahkan kepalanya.  Tips saya tengok yang warna muda dan segar serta hujungnya lembut. Confirm muda. Mematahkan itu mungkin habit sebenarnya.

BENDI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut berkongsi petua untuk membeli bendi tanpa mematahkan kepala bendi. Jangan buat macam itu, kesian peniaga…

Harapnya selepas ini pembeli di luar sana lebih bertanggungjawab dan tidak memicit-micit sayuran sehingga merosakkannya. Jadilah pembeli yang bijak.

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×