Cantik

Nak Kuku Kekal Berkilat & Tak Rapuh? Ikut 7 Tips Penjagaan Kuku Secara Semulajadi Ini

51
SHARES

Ramai di luar sana menganggap penjagaan kuku tak sepenting penjagaan muka. Tahu tak, sebenarnya kuku juga boleh mengalami masalah seperti kuku kusam, berwarna kuning dan rapuh jika tidak mendapat penjagaan yang betul. Jadi, untuk mengelakkan masalah-masalah itu, ini 7 cara penjagaan kuku. Barulah kuku sentiasa bersih dan sihat!

TIPS JAGA KUKU

Siapa yang tak mahu kuku nampak cantik dan berkilat semulajadi kan? Banyak sebenarnya tips menarik yang boleh diguna pakai untuk dapatkan kuku bersih dan cantik. Jom ketahui beberapa tips untuk anda dapatkan kuku cantik lagi berkilat!

1.SAPU PETROLEUM JELLY

Sapu petroleum jelly pada kuku dengan kerap. Selain itu, sapukan juga sekeliling kulit kuku agar kulit dan kuku sentiasa dalam keadaan lembap. Boleh juga digantikan dengan Olive oil atau minyak kastor.

2.TOLAK CUTICLES DENGAN LEMBUT

Cuticles boleh ditolak ataupun dipotong lembut dan berhemah agar tidak tercedera. Jika terlalu kasar, ia boleh menyebabkan kuku rosak dan melemahkan kuku secara keseluruhan.

3.JANGAN BIARKAN KUKU PANJANG

Elakkan dari memelihara kuku yang panjang sekaligus elak dari masalah kuku terkeluar. Potong kuku dengan tertib dan ikut sunnah. Sebaiknya potong kuku seminggu sekali agar kuku sentiasa kekal sihat dan bersih sepanjang hari.

4.MAKAN VITAMIN TAMBAHAN

Selain penjagaan luaran, penjagaan dalam untuk kuku juga adalah perlu agar kuku anda mendapat nutrisi dari dalam.

5.KIKIR KUKU DENGAN CARA YANG BETUL

Biasanya orang akan kikir kuku dengan pergerakkan ke hadapan dan ke belakang. Tapi sebenarnya cara yang betul adalah dengan mengikir secara satu hala sahaja. Elakkan juga kikir kuku selepas mandi kerana kuku yang basah dan lembut akan mudah patah.

6.MINUM SEGELAS AIR SUSU

Jika anda mendapati ada warna putih di dalam kuku bermakna kuku anda kurang zink. Untuk mengembalikan kesihatan kuku seperti sediakala, anda perlu minum susu segar dan ambil makanan yang kaya dengan kandungan zink.

7.BUAT URUTAN KUKU

Hahh, jangan tak tahu.. Bukan badan je yang nak diurut tetapi kuku juga perlu diurut. Ini melancarkan perjalanan darah sekaligus menjadikan kuku lebih cantik dan sihat. Kalau nak urut kuku, gunakan set buffer khas untuk kuku yang terdapat di pasaran sedia ada!

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×