Dapur

Cara Paling Pantas Lembutkan Daging Yang Liat Hanya 15 Minit Sahaja!

72
SHARES

Setiap kali nak masak daging, mulalah risau kalau daging lambat masak, liat dan keras. Betul kan? Mesti ada di antara anda yang pernah mengalami situasi macam ini kan? Jangan risau. Artikel ini akan berkongsi tips untuk melembutkan daging dengan cepat. Nanti bolehlah jimat masa dan elektrik. Anak-anak pun taklah kelaparan tunggu hidangan disiapkan.

Perkongsian ini telah di muat naik oleh pengguna Tiktok @limaunipisofficial mengenai cara lembutkan daging dan resipi daging blackpaper.

Baca juga: 10 Cara Mudah Buat Anak Dengar Cakap, Tanpa Guna Kuasa Autoriti Sebagai Ibu Bapa

Bahan-bahan perapan:

  1.  Kicap cair
  2. Minyak masak
  3. Lada putih
  4. Tepung jagung

Bahan-bahan menumis: 

  1.  Bawang putih
  2. Cili merah
  3. Bawang holland

Bahan-bahan sos: 

  1. Sos tiram
  2. Sos blackpaper
  3. Kicap cair
  4. Lada hitam
  5. Gula
  6. Garam
  7. Tepung jagung
  8. Sedikit air

Pertama sekali perhatian arah urat dan hiris daging melawan arah urat. Kemudian hiris daging nipis-nipis sahaja.

Tips nak hiris pastikan daging separuh beku lagi senang. Daging ini digunakan bahagian yang liat.

Selepas itu, bahan rahsia untuk lembutkan daging iaitu 1 sudu soda bikarbonat. Bancuhkan soda bikarbonat dengan setengah cawan air. Kacau sehingga larut.

Teknik ini selalu digunakan di restoran Cina untuk lembutkan daging dengan cepat.

Kemudian, terus rendamkan daging dengan larutan soda bikarbonat tadi. Ini kerana soda bikarbonat akan menaikkan PH daging.

Perapkan daging tak perlu lama-lama, hanya 15 minit sahaja sudah untuk membuatkan daging ini lembut sangat.

Bahagian ini penting tau, kena basuh dahulu daging ini bersih-bersih sebab nak buang bau dan rasa soda bikarbonat supaya tidak mengganggu rasa daging semasa dah masak nanti.

Sekarang ini dah boleh perasakan daging dengan kicap cair, minyak masak, lada putih dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati.

Terus panaskan minyak untuk menggoreng daging. Goreng daging dengan api sederhana besar dan goreng sekejap sahaja agar ia tidak kering.

Buangkan sedikit minyak, lalu terus tumiskan bawang putih, cili merah dan bawang holland sehingga naik bau.

Masukkan daging yang digoreng tadi.

Sementara itu, sediakan bahan buat sos. Masukkan sos tiram, sos blackpaper, kicap cair, lada hitam, gula, garam, tepung jagung dan sedikit air. Kacau sebati.

Kemudian, boleh terus masukkan sos tersebut ke dalam kuali. Kacau sekejap.

Akhir sekali, masukkan daun bawang. Dah siap!

Tips: 

Teknik soda bikarbonat ini hanya sesuai digunakan untuk goreng-goreng dan tidak sesuai untuk buat rendang dan sebagainya.

VIDEO PENUH 

@limaunipisofficial

Daging Balckpepper #fyp #foryoupage #resepiramadhan

♬ original sound – limaunipisofficial – limaunipis

Sumber: Tiktok limaunipisofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×