Rakyat

Cara Pakai Mask Yang Betul Bagi Mengelak Jangkitan

585
SHARES

Musim wabak influenza tak reda lagi, kini rakyat Malaysia risau dilanda penyakit misteri iaitu Novel Coronavirus (nCov-2019).

Sehingga kini, cara jangkitan 2019-nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

Terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission), khususnya dalam kalangan kontak rapat.

Sebagai langkah pencegahan, kita boleh menggunakan topeng muka terutamanya apabila melawat kawasan yang sesak.

Cara Pakai Topeng Muka (Face Mask) Dengan Betul

Salah satu langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa membawa topeng muka / penutup hidung dan mulut.

Namun, kita perlulah memakainya dengan betul supaya topeng muka ini dapat berfungsi dengan berkesan bagi menghalang jangkitan.

Berikut adalah cara pakai mask muka yang betul serta cara membuangnya yang kita perlu ambil perhatian.

1. Tutup keseluruhan mulut dan hidung.

2. Ikat tali / atas mengelilingi keoala di atas paras telinga. Kemudian ikat tali kefua di bawah paras telinga.

3. Bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

*Bagi topeng muka jenis getah, anda boleh memakainya mengikut langkah di bawah.

Cara Yang Betul Membuang Topeng Muka

Mask atau topeng muka ini seeloknya diganti selalu. Ia hanya boleh digunakan selama 8 jam maksimum.

Untuk membuangnya, pastikan anda melakukan langkah ini:

1. Buka topeng perlahan-lahan dan lipatkan dengan rapi.

2. Bubuh dalam beg plastik atau zip lock. Ikat dengan kemas sebelum dibuang ke tong sampah.

3. Cuci tangan dengan bersih, terutamanya jika anda akan memakai topeng muka yang baru.

Panduan Bagi Pengembara

Orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia:

• Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

• Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna;

• Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.

Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×