Sihat

10 Langkah Berjaga-Jaga ‘Selamatkan’ Diri Anda Dari Wabak & Penyakit

99
SHARES

Setelah tularnya tentang wabak Coronavirus Wuhan, pastinya ramai yang risau dan takut. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat bukti yang menunjukkan boleh berjangkit dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission). Jadi, ini 10 alternatif sebagai langkah berjaga-jaga supaya kekal selamat dan dapat mencegah diri dari virus berbahaya itu.

1.PAKAI SARUNG TANGAN

Apabila keluar dari rumah, pakai sarung tangan tidak kira sarang tangan winter ataupun sarung tangan medikal. Pastikan anda memakainya ketika di dalam pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas. Ini kerana, di dalam pengangkutan awam terdapat macam-macam jenis pengguna yang menggunakannya.

2.ELAKKAN SENTUH MUKA/MATA

Sekiranya anda diperlukan untuk mencabut sarung tangan untuk makan ataupun bersalaman dengan orang, elakkan menyentuh muka atau mata. Jauhkan dari menyentuh muka sebelum basuh tangan. Sebelum memakai sarung tangan, pastikan anda cuci tangan menggunakan sabun sehingga bersih.

3.PASTIKAN SARUNG TANGAN BERSIH

Elakkan memakai sarung tangan yang lembap atau basah. Juga, sentiasa basuh supaya sentiasa kekal bersih. Sarung tangan lembap akan menarik habuk dan virus.

4.GUNAKAN MASK MUKA BERSIH

Jangan ulang memakai mask muka yang sama untuk berhari-hari. Ini kerana, mask muka yang dah digunakan telah menarik bakteria. Jika seseorang batuk atau bersin berdekatan anda, minta mereka jauhkan diri daripada anda ataupun anda jauhkan diri dari mereka.

5.CUCI TUALA DENGAN KERAP & JANGAN KONGSI

Di rumah, pastikan tuala yang digunakan bersih dan cuci tuala sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jangan kongsi tuala anda dengan ahli keluarga anda yang lain. Tuala yang lembap akan menarik bakteria dan virus.

6.HATI-HATI DENGAN PEMEGANG PINTU

Jika boleh, elakkan gunakan tangan untuk memegang pemegang pintu, seeloknya gunakan siku untuk menjaga kebersihan. Kerap bersihkan pemegang pintu untuk pastikan tidak dijangkiti bakteria dan virus.

7.ASINGKAN SUDU JIKA KONGSI MAKANAN

Jika anda berkongsi makanan, asingkan sudu untuk mengambil lauk untuk diletakkan ke dalam pinggan anda. Basuh sudu dan perkakas makanan hingga betul-betul bersih. Ini sangat penting kerana sudu tersebut akan dimasukkan ke dalam mulut dan boleh elakkan transmission.

8.PASTIKAN DAGING YANG DIMAKAN BERSIH

Memandangkan punca virus masih dalam kajian, pastikan daging ayam atau ikan yang dibeli dibasuh bersih dan dimasak dengan betul untuk mengelakkan jangkitan virus.

9.BUKA TINGKAP UNTUK UDARA

Virus tak dapat bertahan lama di dalam udara dan persekitaran yang bersih. Jika rumah anda terasa mendap, buka tingkap dan biarkan udara bersih masuk ke dalam rumah. Pengudaraan yang bersih juga boleh membuatkan anda rasa lebih sihat dan ‘fresh’.

10.JIKA AHLI KELUARGA ANDA SAKIT, PASTIKAN ANDA PAKAI MASK & SARUNG TANGAN

Jika anda perlu menjaga ahli keluarga dan rakan yang sedang sakit, pastikan anda hati-hati dan jaga kebersihan diri sendiri untuk elakkan jangkitan.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: foreignpolicy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×