Cantik

Cara Mudah Untuk Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki, Meh Cuba!

6.8K
SHARES

Tumit kaki mula merekah? Nak pijak cadar pun dah tak boleh. Sangat ngilu dan perit. Rasa azab sangat bila ada rekahan pada tumit kaki. Lebih-lebih lagi kalau tumit kaki berdarah, terkena jangkitan bakteria atau perit mencucuk-cucuk. Eee.. Pedih! ?

Majoriti antara kita ada masalah macam ni. Baik lelaki mahupun perempuan. Biasanya perempuan yang ambil kisah berkenaan hal ni. Bukan muka sahaja nak flawless, tumit kaki pun sama! Hehe. ?

Cara-cara untuk hilangkan rekahan pada tumit kaki

Tumit kaki yang merekah juga buatkan kita tak selesa untuk berjalan. Betul tak? Jadi, macam mana nak hilangkan rekahan pada tumit kaki ni? Kat sini kami kongsikan petua untuk anda. Ini antara petua tradisional yang anda boleh cuba..

Cara pertama:

Rendam kaki dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, gosokkan bahagian tumit yang merekah tu dengan batu asah pisau. Buat sampai nampak perubahan. Selepas itu, sapukan getah betik muda pada tumit kaki anda. Biarkan seketika sampai getah tu kering. kemudian baru bilas kaki anda.

Cara kedua:

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.

Cara ketiga:

Geselkan tumit kaki pada rumput yang berembun pada awal pagi. Buat setiap hari.

Cara keempat:

Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah.

Cara kelima:

Campurkan gambir dengan air dan sapu pada tumit yang merekah. Sapu guna minyak lebihan goreng ikan pun boleh.

Tapi bukan petua tradisional sahaja yang kami nak kongsikan dengan anda. ? Nak tahu cara paling senang nak hilangkan rekahan pada tumit kaki? Inilah dia..

Lagi senang, guna Ellgy Plus Cracked Heel Cream

Haa.. Paling mudah! Guna sahaja Ellgy Plus Cracked Heel Cream. Produk ni sejenis moisturizer. Boleh melembap, melegakan, merawat dan memulihkan tumit kaki yang merekah. Sangat sesuai untuk penjagaan tumit kaki. Wee..

Bila tumit kaki terlalu kering, kulit akan merekah. Sebab tu kena gunakan Ellgy Plus Cracked Heel Cream. Kulit tumit kaki anda akan kekal lembap lebih lama. Nak berjalan pun selesa! Hihi.

Kalau ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan anda yang tumit kakinya merekah teruk, boleh gunakan Ellgy Plus D Factor Cracked Heel Cream. Orang yang berumur atau sakit kencing manis pun lebih sesuai gunakan yang ni. Beza tau. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, Ellgy Plus D Factor Cracked Heel Cream diperkuatkan dengan 7-Dehydrocholesterol. Ia membantu dalam pembentukan dan pengekalan kulit tumit kaki yang dah merekah. So, ia boleh menyembuh secara semula jadi. Bagusnya!

Selamat digunakan atau tidak? Jangan risau. Kedua-dua produk ini bebas daripada animal testing, pewarna tiruan dan wangian. Lagipun, produk ni menggunakan bahan natural. Jadi, memang terbukti selamat. ? Wow!

Paling penting, kedua-dua produk ini sudah terbukti secara klinikal. Boleh nampak perubahan ketara pada tumit kaki yang merekah dalam masa tiga hari sahaja! Sekejap sahaja sudah nampak perubahan. Hebat bukan?

Nak tahu cara menggunakannya? Hanya sapukan ke tumit atau kaki anda dengan cara mengurut, dua hingga tiga kali setiap hari. Gunakan dengan kerap untuk elakkan tumit anda kering dan merekah. Mudah bukan?

Ramai dah menggunakan Ellgy Plus Cracked Heel Cream untuk merawat tumit kaki yang merekah. Anda bila lagi? Boleh dapatkannya di farmasi berdekatan anda (klik untuk tahu tempat Ellgy Plus dijual). Untuk info lebih lanjut tentang Ellgy Plus Cracked Heel Cream, boleh klik laman web Ellgy Plus ni ya.

Moga lepas guna produk ni, tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa. Yay! ?

Laman Web Ellgy Plushttp://ellgyplus.com.my/home/

Facebook Ellgy Plus Malaysiahttps://www.facebook.com/EllgyPlusMY/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×