Dapur

Cara Mudah Buat Pes Masak Lemak Cili Padi, Siap Boleh Frozen Je!

28
SHARES

Hari ini sudah masuk fasa ke dua PKP. Macam macam ragam dan macam macam aktiviti telah dilakukan selama berminggu hanya berada di dalam rumah ini. Antara aktiviti yang paling digemari ramai ketika tempoh PKP ini adalah memasak.

Pelbagai resipi baru telah di cuba oleh semua dari dalgona coffee sehingga ke kek milo. Kalau sebelum ini kita telah cuba resipi yang boleh dimakan terus, tapi kali ini lain sedikit. Kita nak tunjukkan resipi bahan masakan iaitu Pes Lemak Cili Padi. Bagi penggemar masakan lemak cili padi, ini adalah satu resipi khas buat anda. Mari kita tengok resipi pes lemak cili padi dan juga resipi tambahan iaitu Ketam Masak Lemak Cili Padi ini yang telah dikongsikan oleh Hani Mynis.

Resipi Pes Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • Cili padi (wajib dicampurkan cili hijau dan cili merah, ratio cili hijau 2: cili merah 1) – kalau cili hijau 10 batang, cili merah 5 batang
  • Kunyit hidup (pilih yang tua lagi menyerlah kuningnya)
  • Bawang merah besar
  • Ikan bilis (yang sudah dibersihkan)
  • Sebatang serai

Ini adalah bahan bahan yang wajib untuk memasak pes lemak cili padi ini.

Cara-cara memasak pes

– Masukkan semua bahan bahan tadi ke dalam jug blender. Masukkan air ke paras bahan-bahan. Jangan terlebih air.

– Blend halus dan selepas itu tuang semua dalam periuk untuk keringkan air. (sebab tu air jangan lebih nanti kena tunggu lama untuk air kering)

– Masak sehingga air kering dan akan jadi seperti ini. Kacau guna senduk hitam, kalau guna senduk putih menangis lah senduk tu bertukar warna.

– Masukkan ke dalam bekas air batu atau bekas bekas kecil sebab nak asingkan ikut satu portion lauk terus. Ini nak jadikan dia dalam bentuk kiub. Bekukan dalam peti ais.

– Dah jadi kiub lemak cili padi. Satu kiub untuk sekali masak.

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Alang alang dah ada pes yang telah dimasak ini, mari terus cuba resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • Kiub lemak cili padi
  • Santan
  • Ketam
  • Kacang buncis
  • Asam keping
  • Daun kunyit
  • Serai (kalau tak ada pun tak apa sebab dalam pes dah kisar serai sekali)

Cara-cara memasak

– Masukkan semua ke dalam periuk kecuali santan dan kacang buncis. Masukkan air paras ketam.

– Buka api dan biarkan kiub tu cair dan larut

– Dah mendidih masukkan kacang buncis

– Akhir sekali masukkan santan dan daun kunyit yang dihiris halus.

Dah siap ketam masak lemak cili padi. Bagi sesiapa yang dah kering idea untuk masak lauk apa tu boleh cuba resipi ini.

Sumber : Hani Mynis

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×