PRIHATIN Kasih adalah penyediaan bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada bulan Mac 2021. Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.
Baca juga: Radio Media Prima Lancar Kempen #KitaJagaKita, Pilih Pendengar Radio Dapat RM 200
BANTUAN MyKASIH, RM100 BARANG DAPUR GUNA MYKAD
Penerima bantuan di bawah program PRIHATIN Kasih TELAH PUN DIPILIH dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Penerima yang telah dikenalpasti akan menerima SMS dari MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka yang disahkan sebagai penerima di bawah program, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Bantuan RM100 Barang Dapur Guna Mykad:
-RM100 setiap bulan selama 3 bulan
-Boleh guna di 300 rantaian kedai runcit seluruh Malaysia. (i.e 99speedmart, Mydin dan lain2 yg terpilih)
Step mudah :
1. Semak kelayakan
2. Jika tak dapat, boleh buat permohonan melalui emel. Untuk info lanjut boleh rujuk https://www.mykasih.com.my
Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga bulan. Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:
Sumber: MyKasih