Rakyat

Radio Media Prima Lancar Kempen #KitaJagaKita, Pilih Pendengar Radio Dapat RM200

19
SHARES

Dalam kita berdepan ancaman wabak pandemik, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas dari segi ekonomi. Banyak kempen bantuan telah digerakkan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dan salah satunya adalah Media Prima.

MEDIA PRIMA LANCAR KEMPEN BERSAMAMU #KITAJAGAKITA, DAPAT SAMBUTAN

Dilancarkan pada 2 Julai lalu, kempen Bersamamu #KitaJagaKita yang dilancarkan oleh platform radio Media Prima dengan kerjasama kumpulan Media Prima telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia dengan lebih 4000 mesej Whatsapp daripada mereka yang memerlukan bantuan melalui 4 platform radio Media Prima kerana terkesan dengan keadaan sukar sekarang ini.

Oleh itu, platform radio Media Prima, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM telah memilih 8 pendengar yang terpilih setiap hari untuk menerima bantuan kewangan bernilai RM200 untuk digunakan oleh mereka bagi membeli barang keperluan harian.

Antara pendengar yang terpilih adalah seorang bapa yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil dan tidak mempunyai punca pendapatan kerana telah dibuang kerja. Dia yang sebelum ini bekerja sebagai jurukimpal menerima nasib itu selepas majikannya sudah tidak mampu untuk membayar pekerjanya.

INISIATIF BANTUAN TIDAK KIRA DARI SEGI MORAL ATAU KEWANGAN

Selain itu juga, ramai juga pendengar yang sekadar berkongsi cerita dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ketika pandemik COVID-19 sedang melanda negara.Pelbagai cerita dan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang membuatkan platform radio Media Prima mengambil inisiatif untuk membantu mereka tidak kira bantuan dari segi sokongan moral atau bantuan kewangan. Rakan-rakan artis antaranya Haqiem Rusli, Khai Bahar, Siti Nordiana dan ramai lagi turut memberikan sokongan kepada kempen Bersamamu #KitaJagaKita ini bersama para penyampai radio Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang terkesan ini terpinggir daripada menerima sebarang bantuan.

Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studio berkata, disebabkan peningkatan kes COVID-19, ramai rakyat Malaysia yang terkesan. Tambahnya lagi,

Orang ramai yang terkesan dan sedang dalam kesulitan, bolehlah menghantarkan Whatsapp ke 017-6846950 dengan berkongsi cerita atau masalah anda, kerana kami ingin pastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapatkan sebarang bantuan. Pendengar terpilih akan diberikan wang tunai RM200 melalui tabung Bersamamu #KitaJagaKita”.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×