Cantik

3 Cara Menghilangkan Ketiak Hitam, Guna Petua Tradisional

16.7K
reads
Menghilangkan Ketiak Hitam

Cara Menghilangkan Ketiak Hitam

Suka atau tidak, jika ketiak warna hitam, wanita biasanya akan rasa rendah diri. Walaupun ketiak itu berada di tempat yang sulit dan tidak boleh dilihat dengan mudah, hati tetap rasa tidak selesa.

Bagi yang sudah bersuami, pasti malu jika suami ternampak ketiak si isteri yang berwarna hitam. Bagaimanakah cara menghilangkan ketiak hitam ini?

1. Guna kapur sireh dan sebiji limau nipis

Ini petua menghilangkan ketiak hitam yang pertama. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi di kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu. Ulang selang sehari minggu berikutnya.

Bukan setakat yang hitam itu kurang, ketiak juga sudah tida berbau lagi. Boleh juga sapukan di leher dan celah paha. Pastikan kalau ada rasa pedih, luka atau melecet, berhenti serta-merta dan bilas dengan air.

2. Guna buah betik

Ini antara cara menghilangkan ketiak hitam yang diambil dari majalah Mingguan Wanita. Katanya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Guna sireh dan beras

Juga dari Mingguan Wanita. Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.

Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Bagaimana pula kalau ketiak hitam saat hamil? Adakah ini normal, ditambah lagi dengan rasa gatal dan berbau? Ada orang kata, kalau ketiak hitam, tandanya anak lelaki? Benarkah?

Mengikut pengalaman beberapa orang yang sudah mengandung beberapa kali, mereka biarkan sahaja. Ketiak hitam terjadi kerana perubahan hormon. Tidak ada petua khusus untuk menghilangkan ketiak hitam untuk ibu mengandung.

Walaupun nampak bagaikan ada jalur lipatan, tidak perlu buat apa-apa. Nanti, selepas bersalin, ketiak hitam akan hilang dengan sendiri. Biasanya, mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan selepas habis pantang. Sekali lagi diingatkan, tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Juga, tidak perlu bazirkan beli sabun yang macam-macam ada dipasaran. Ia tidak akan hilang!

Malu? Tidak perlu. Doktor dan jururawat juga tidak hairan dengan ketiak anda yang hitam itu. Suami pula mesti positif, jangan jauhkan diri dari isteri semata-mata ketiak hitam!

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top