Asuh

Macam Mana Nak Main Pop It Yang Viral Ini? Ini Caranya

141
SHARES

Pernahkah anda melihat permainan silikon berwarna-warni yang boleh dipicit-picit ini? Pop-it ini merupakan permainan sensori yang sangat popular sehingga mencetuskan fenomena seperti mana fidget spinner dahulu. Ianya berbentuk separa gelembung dan sangat trending di media sosial termasuklah Tik Tok.

Mengambil konsep seperti ‘bubble wrap’ yang boleh dipicit sekadar untuk menghilangkan bosan dan stres, permainan ini mendapat perhatian ramai dan bukan sahaja digunakan oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa tau! Tahukah anda, ada pelbagai manfaat permainan sensori ini kepada kanak-kanak.

Baca juga: Pernah Tak Buat Teknik Wheelbarrow Dengan Anak? Wajib Cuba!

MACAM MANA NAK MAIN POP IT INI? MEMANG BANYAK MANFAAT!

Jom ketahui lebih lanjut tentang kelebihan permainan pop-it yang viral ini dan ibu ini kongsikan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk membantu anak-anak belajar mengenal huruf dan nombor.

Bila ada parents tanya , pop it ini macam mana nak main? Apa kelebihannya? Apa fungsinya? Kita pandang dengan cara yang baik dan positive.

1. Boleh tulis abc pada pop it mengunakan pen marker, kita sebut anak tekan.

2. Boleh tulis abc pada pop it dan mintak anak lekat sticker pada huruf yang sama.

3. Boleh guna dalam subjek matematik..tambah , tolak , darab dan bahagi dengan letak marble dalam lubang pop it.

4. Boleh tulis abc dan kita mintak anak eja dengan pop it.

5. Boleh ajar anak pindahkan marble atau any item ke dalam lubang pop it.

Simple kan? Di bawah merupakan tutorial untuk anda main pop it ini bersama anak-anak juga. Enjoy main pop it!

Sumber: Farah Ainna Rosli, Kayla Adeeva

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×