Asuh

Pernah Tak Buat Teknik Wheelbarrow Walk Ini Dengan Anak? Wajib Cuba!

452
SHARES

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa satu teknik terapi bersama anak-anak ini dipanggil Wheelbarrow Walk. Ini adalah posisi di mana anak-anak akan berjalan menggunakan dua tangan di hadapan manakala kaki pula dipegang secara 90 darjah oleh orang lain. Nampak macam permainan biasa namun teknik Wheelbarrow Walk ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada anak-anak. Jom cuba!

Baca juga: Anak Susah Tidur Malam? Biasakan Anak Dengan Teknik Pijak Rumput Ini

Pernah tak buat wheelbarrow walk ni dengan anak?

wheelbarrow walk

Kalau pernah, bagus sangat. Kalau tak pernah, haaaa…. Kena try buat kejap lagi juga tau. Wheelbarrow walk ni antara pilihan aktiviti yang dekat sangat di hati para Occupational Therapist tau. Banyak kebaikannya:

1. Meningkatkan kemahiran sosial – komunikasi

Masa kita ajak anak buat wheelbarrow walk ni, dan masa anak nak bagitahu dia nak jalan ke mana, kemahiran sosial tercetus dengan sangat bagusnya.

2. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah

Masa anak nak adjust tangan, adjust badan supaya sampai ke destinasi sambil berjalan gaya gini, anak kena buat perancangan dalam otak. OT panggil “motor planning”. Masa ni, sel-sel otak anak memang berhubung aktif. Tak payah susu mahal tau! Eh!

3. Tingkat kekuatan core muscle dan otot menulis.

Masa anak tampung berat badan dia guna tangan, otot-otot utama anak (core muscles) yang memainkan peranan untuk anak anak boleh duduk lama atas kerusi masa belajar, akan activated. Otot menulis anak pun akan semakin kuat.

4. Rangsangan sensori.

Bukan setakat sensori sentuhan dari lantai, sensori mata, pendengaran, sensori pergerakan anak semuanya activated masa wheelbarrow walk ni. Sensori yang aktif adalah penting untuk anak boleh belajar kemahiran dengan baik.

5. Fokus mata meningkat.

Masa anak buat wheelbarrow walk ni, ada satu benda kita panggil oculo-vestibular yang akan activated tau. Ocula-vestibular ni yang akan mempengaruhi keseimbangan kepala dan mata fokus ketika kepala bergerak. Ini penting untuk anak kita boleh menyalin dari papan hitam dengan baik tau nanti.

Sesuai untuk umur berapa?

Seawal umur 2 tahun tu boleh buat dah. Tapi, kita tak boleh berdiri tegak. Kita kena berjalan melutut. Sebab nanti tinggi sangat kakinya. Kaki anak tu kena lebih kurang 90 darjah macam dalam gambar. Semoga perkongsian ni bermanfaat. Cuba bagi saya ikon kalau anda suka perkongsian macam ni. Taknak lain tau. Nak gambar dinasour tu juga.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×