Asuh

Anak Susah Tidur Malam? Biasakan Anak Dengan Teknik Pijak Rumput Ini

2.7K
SHARES

Memastikan anak-anak kecil untuk tidur awal pada waktu malam ternyata bukanlah perkara yang mudah. Kadang-kadang memang kerana sukar untuk terlena dan ada juga yang ingin terus bermain. Sudah bermacam-macam teknik digunakan supaya anak-anak mudah tidur tetapi tak berjaya. Katanya ada teknik dinamakan Teknik Grounding/Earthing yang sangat sesuai untuk buat anak susah tidur malam, macam mana tu?

Baca juga: Penangan PKP, 14 Tahun Kekal Bongsu Sekali Mak ‘Bagi’ Adik Baharu!

ANAK SUSAH TIDUR MALAM? GUNA TEKNIK GROUNDING INI!

Menerusi perkongsian di laman Tiktok milik @hazirah.zaini dengan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan, dia berkongsikan tips untuk ibu bapa pastikan anak-anak dapat tidur sebelum jam 10 malam. Hal ini kerana ramai yang bertanyakan bagaimana cara untuk pastikan anak tidur awal supaya ibu dan bapa pun dapat rehat yang secukupnya.

anak susah tidur malam

Antara tips yang dikongsikan adalah dengan menggunakan teknik grounding atau earthing iaitu membiasakan anak memijak tanah. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membiasakan anak-anak tak pakai kasut ketika berada di taman permainan. Inilah yang digunapakai dalam teknik Earthing ini apabila membiasakan anak-anak memijak rumput/ alam.

1.Pijak tanah, rumput, sungai, pasir/pantai

2. Buat dalam 30 minit setiap hari. Dapatkan turunkan hormon stress iaitu cortisol dalam badan. Jadi, anak mudah tidur pada waktu malam sebab paras hormon dah turun.

3.Bawa anak keluar pada waktu pagi iaitu sebelum 9 pagi, sebab boleh hasilkan melatonin (hormon tidur) semasa kulit terdedah kepada UV dari cahaya matahari pagi.

Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga digalakkan untuk menggunakan cara ini apabila susah tidur malam. Beliau juga menambah jika ibu bapa risaukan anak-anak tidak memakai kasut dan kotor, anda boleh bawa ke kawasan rumput yang bersih dan lebih baik jika ada halaman rumah sendiri.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak masalah ekzema juga amatlah digalakkan untuk buat teknik grounding/ earthing ini bagi melepaskan hormon cortisol gara-gara terperangkap di dalam rumah. Hal ini kerana, anak-anak yang terperap di dalam rumah akan menunjukkan petanda stress dan ini cara untuk caj semula badan.

PIJAK RUMPUT KETIKA EMBUN MASIH ADA, ELOK UNTUK SARAF

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang turut berkongsikan beberapa petua untuk untuk diamalkan. Salah satunya adalah dengan memijak rumput ketika waktu pagi dan ketika embun masih ada.

Selamat bawa anak-anak berjalan atas rumput!

Sumber: Tiktok @hazirah.zaini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×