Famili

Penangan PKP, 14 Tahun Kekal Bongsu Sekali Mak ‘Bagi’ Adik Baharu!

2.2K
SHARES

Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita yang mempunyai jarak yang jauh dengan adik-beradik sendiri bukan? Tapi berbeza pula dengan perkongsian gadis ini apabila menceritakan adiknya yang sudah 14 tahun kekal sebagai anak bongsu, secara tiba-tiba hilang gelaran bongsu kerana ibu mereka hamil selepas 14 tahun.

Baca juga: Bahaya Sebenarnya Kalau Tersalah Didik Anak Sulung…

PENANGAN PKP, MAK MENGANDUNG ADIK BAHARU!

Seperti pasangan berkahwin yang lain, apa yang melucukan dan juga mengejutkan adalah perkongsian gadis ini di laman Tiktok mengatakan bahawa ibunya hamil selepas 14 tahun! Dia merupakan kakak kepada adik yang sudah 14 tahun menjadi anak bongsu, secara tiba-tiba ibunya hamil gara-gara musim PKP.

Nampaknya, gelaran adik bongsu selama 14 tahun sudah diambil oleh adik baharu. Dia juga menambah bahawa adik lelakinya yang berusia 14 tahun dan berada di Tingkatan 2 tersebut bukan sahaja terkejut mendapat adik malah dah ‘offer’ jadi pengasuh atau babysitter. Hal ini kerana, kakak-kakak yang lain tinggal jauh dan sudah bersuami. Bagus!

‘MEMANG TERINGIN NAK ADIK TU..’

Video yang mendapat lebih 900 ribu tontonan ini juga dibanjiri komen dari warganet yang turut sama terhibur dengan kisah berkenaan. Ada juga yang berkongsikan pengalaman sama apabila menyangka diri merupakan anak bongsu, secara tiba-tiba ibu hamil selepas berbelas tahun perbezaan masa.

@pienollReply to @yattzainuddin Bongsu tak jadi yang jaga The Real Bongsu ##ZerolutionForEveryone ##pkp ##babypkp♬ Bombastic – 𝘿2𝙈 💠𝙎𝙏𝙊𝙍𝙔💠

Sumber: Tiktok @pienoll

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×