Sihat

Ini Cara Kira BMI Badan, Jangan Biarkan Sampai Terlajak Obesiti!

10
SHARES
CARA KIRA BMI BADAN

“Aduh. Macam makin gemuk. Apa cara kira BMI badan ni…”

Bagi menentukan BMI (indeks jisim badan) seseorang itu, ia boleh diukur berdasarkan berat badan dan ketinggian. Ini antara cara paling mudah untuk mengetahui kategori masing-masing.

Jadi, sekiranya anda ingin tahu cara kira BMI badan dengan betul dan jelas, ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Kaki Kerap Kejang Semasa Tidur, Rupanya Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

CARA KIRA BMI BADAN, BARULAH TAK OBES

CARA KIRA BMI BADAN

Cara pengiraanya adalah bahagikan berat badan(kg) dengan ketinggian dalam meter anda atau guna kalkutalor BMI ini.

Contoh pengiraan sekiranya menggunakan kalkulator telefon bimbit adalah:

Berat Badan = 80kg
Tinggi = 170cm = 1.7M

80 bahagi 1.7 bahagi 1.7 = 27.7

Bagi orang dewasa, BMI sihat adalah di antara 18.5-24.9. Sekiranya BMI anda adalah 25.0 itu bermakna berat badan berlebihan manakala BMI 18.5 ke bawah ia dikira sebagai kurang berat badan.

Kanak-kanak dan remaja pula, BMI dikira mengikut jantina serta umur. BMI yang tinggi menunjukkan kadar kegemukan tetapi ia tidak dapat mengukur lemak dalam badan secara terus.

Jadi, ada baiknya jika anda mengambil kira berat badan yang ideal supaya tidak obes atau terlalu ringan.

Bagi wanita, berat badan ideal adalah seperti berikut:

18-25 tahun: Sekitar 45-65 kg
26-35 tahun: 50-70 kg
36-45 tahun: Sekitar 55-75 kg
46-55 tahun: 60-80 kg
Lebih dari 55 tahun: Sekitar 60-85 kg

Bagi lelaki pula, berat badan ideal ditentukan melalui ketinggian:

157cm: 51-64
160cm: 52-66
162cm: 54-67
165cm: 55-69
168cm: 56-71
170cm: 58-73
173cm: 60-75
175cm: 62-77
178cm: 64-79
180cm: 66-81
18cm: 67-84
185cm: 68-86
188cm: 71-88
190cm: 73-91
193cm: 75-86

Berat badan ideal bagi bayi lelaki baru lahir adalah sekitar 2.5-3.9kg. Manakala berat bayi perempuan baru lahir biasanya antara 2.4-3.7 kg.

Merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, ketinggian dan berat kanak-kanak harus disemak pada usia 1-2 tahun (setiap 3 bulan.

Seterusnya, usia 2-4 tahun (setiap 6 bulan) dan umur 5-6 tahun (setiap 12 bulan).

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan sentiasa jaga kesihatan diri ya.

Baca juga: Petua Hilangkan Sakit Lutut Guna 3 Bahan Dapur, Cuba Buat Macam Ini

Sumber: Hello Doktor, Wolipop, eCentral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×