Deko & Hias

Ada 3 Orang Anak Aktif Dan Nakal, Ibu Ini Kongsi Tips Untuk Rumah Tidak Bersepah!

5
SHARES
cara kemas rumah

Mempunyai rumah yang bersih, cara kemas rumah yang teratur merupakan impian yang paling bahagia buat seorang ibu. Namun, semua ini tidak mungkin berlaku jika anda mempunyai anak-anak yang berada di fasa berlari-lari dalam rumah dan aktif. Nak kemas rumah pun tiada mood kerana hanya sekejap sahaja elok.

Jadi, ada satu perkongsian dari seorang ibu di laman Facebook Puan Wan Nur Atikah tentang tips untuk memastikan rumah teratur walaupun mempunyai anak-anak yang aktif. Yang penting adalah untuk mereka sentiasa mengikut peraturan ini!

Baca juga: Letak 8 Jenis Pokok Ini Dalam Bilik Supaya Tidur Malam Nyenyak, Mimpi Sampai London!

CARA KEMAS RUMAH WALAUPUN ADA ANAK-ANAK AKTIF, TERATUR!

cara kemas rumah

Cara saya kekalkan rumah dalam keadaan terkawal, nak kata kemas dan bersih tu tak juga. Dengan anak 3 yang tengah aktif ini sedikit sebanyak perkongsian saya.

1. Saya tetapkan bermain hanya di dalam bilik anak anak-sahaja. Dekat ruang tamu tak dibenarkan bermain. Kalau ada mainan, satu dua boleh dan makan pun hanya di meja makan sahaja serta waktu makan mesti serentak. Memudahkan kerja nak mengemas sekali harung.

2. Sejenis saya tak suka simpan barang sebab rumah tak ada stor. Sesetengah orang akan simpan barang yang ada sentimental value. Mungkin barang kenangan dari zaman kecil, zaman bujang, tapi saya tak. Kebanyakan barang dalam rumah adalah barang kegunaan harian. Bila rasa lama tak guna, saya akan letak diluar rumah untuk suami settlekan. Sama ade nak preloved, sedekah atau buang.

3. Jangan beli atau bawa masuk barang yang dirasakan tak ikut tema rumah atau akan buat rumah berserabut. Contoh la, dulu masa dekat rumah saya ada banyak raga-raga baju yang besar besar, warna hijau, merah ,biru. Bila masuk rumah baru barang tu terus saya bagi pada orang yang nak. Konon nak raga yang ikut tema.

4. Tetapkan tema warna rumah kita. Nak konsep macam mana, macam saya nak simple je. Sebab anak tengah melasak nak berlari, main kejar-kejar, jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir. Jangan tiba-tiba suami terbawa balik kerusi kuning ke. Saya selalu pesan, bab membeli biar saya uruskan.

5. Saya kerja sebagai misi, waktu tak menentu jadi saya tak ada masa nak kemas 24 jam. Sebelum tidur, ajak anak-anak kemas sama-sama.,vacuum dan mop. Bila bangun tidur dia kerja dan balik rumah masih kemas. Bila rumah berserabut mood boleh berubah.

6. Untuk baju pula, saya gantung je semua. Mengurangkan risiko lambakkan baju dalam raga, dan menjimatkan masa untuk melipat. Baju anak yang rasa dah tak muat saya asingkan terus bagi orang, atau buang. Saya takkan simpan untuk adiknya yang masih kecil, nanti lambakkan.

7. Peralatan dan barang dapur, macam pinggan saya just beli satu set. Sama corak pinggan,cawan, mangkuk bagai. Yang tu la guna harian, yang tu la untuk tetamu. Saya tak ada ruang khas untuk simpan pinggan-pinggan yang tak digunakan sebab rumah kecil.

cara kemas rumah

*Rumah kemas, mommy pun happy!

Baca juga: Kemas dan Buang 8 Barang Ini Di Rumah Anda Sekarang, Punca Toksin Berkampung!

Sumber: Wan Nur Atikah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×