Cantik

Petua Tradisional Hilangkan Panau Tanpa Guna Ubat, No.9 Paling Tak Sangka!

3
SHARES
CARA HILANGKAN PANAU

Cara hilangkan panau tidak semudah yang disangka kerana ia mengambil jangka masa panjang untuk pulih. Selain menggunakan ubat krim, ada juga beberapa petua tradisional anda boleh cuba.

Menerusi perkongsian di bawah ini, terdapat 10 cara hilangkan panau menggunakan bahan sedia ada di rumah. Lebih menjimatkan dan hasilnya sangat memuaskan!

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Kasut Dengan Cepat, Paling Mudah Sebab Tak Perlu Cuci

CARA HILANGKAN PANAU TANPA GUNA UBAT, INSYAALLAH BERKESAN

CARA HILANGKAN PANAU

1. Daun lengkuas

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.

2. Lengkuas 

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

3. Bawang putih dan halia 

Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

4. Pucuk lada

Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau.

5. Halia

Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

6. Daun gelenggang

Tumbuk beberapa helai daun gelenggang sehingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas sehingga bersih. Amalkan selalu.

7. Daun kesum dan minyak tanah

Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

8. Daun pinang

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau.

9. Buah pinang

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau.

10. Daun belimbing

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dah Masuk Umur 40-an Kulit Masih Tak Kedut, 6 Petua Ini Memang Menjadi!

Sumber: Facebook Petua & Kesihatan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×