“Alamak. Enjin kereta tak boleh hidup pula…”
Kereta moden zaman sekarang kebanyakkannya tidak lagi menggunakan kunci untuk hidupkan kereta dan digantikan dengan jenis push to start button tapi pernah tak anda terfikir macam mana nak hidupkan enjin kereta untuk kereta yang jenis push to start button kalau bateri remote habis?
Kalau anda tak tahu macam mana, ikuti cara yang dikongsi oleh Abang Recond dalam akaun TikTok miliknya. Mudah dan menjadi!
Baca juga: Cara Kilatkan Semula Periuk Hitam & Rentung, Guna 3 Bahan Je
CARA HIDUPKAN ENJIN KERETA ‘MATI’ JENIS BUTTON, RAMAI YANG TAK TAHU
Tiga langkah mudah sahaja anda kena buat jika bateri tak cukup dan enjin kereta tak mahu dihidupkan.
1. Ambil kunci dan letak di push to start button untuk scan.
2. Kereta akan automatik on dan lampu mula menyala.
3. Tekan brek dan button untuk hidupkan enjin kereta. Siap! Bolehlah terus bawa ke kedai kereta untuk tukar bateri baharu.
VIDEO PENUH:
@abangrecond.uv Share dekat group family okay? #tipskereta #keretarecond #unitedviable
Moga bermanfaat.
Sumber: TikTok Abang Recond