Asuh

Elak Anak Kena Sembelit, Doktor Kongsi 9 Makanan Wajib Ada Dekat Rumah

8
SHARES

Sembelit adalah masalah berkaitan kesukaran untuk membuang air besar atau tekstur najis yang keras. Jika berterusan, masalah sembelit akan menjadi kronik dan berisiko menyebabkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih serius.

Ibu bapa pasti risau dan susah hati bila melihat keadaan anak menahan sakit kerana sembelit. Justeru, untuk mengelakkan masalah sembelit berlarutan, ada 9 jenis makanan ibu bapa wajib bagi anak-anak makan. Nak tahu apa? Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang

ELAK ANAK KENA SEMBELIT, DOKTOR KONGSI 9 MAKANAN WAJIB ADA

cara-elak-anak-sembelit

Kerap sangat anak-anak sembelit, kalau tak cukup ambil makanan tinggi serat. 9 jenis makanan dalam gambar, wajib ada dekat rumah anda kalau anak asyik sembelit tau.

Banyakkan bagi anak makanan macam ni, sebab kandungan yang ada dalam setiap jenis makanan ni, mampu bantu kurangkan sembelit anak.

1. EPAL 

cara-elak-anak-sembelit

– Pectin dalam epal bantu perbaiki keseimbangan bakteria di usus, seterusnya akan mudahkan pergerakan najis di usus.

2. PEAR

cara-elak-anak-sembelit

– Kandungan fruktosa dan sorbitol semulajadi dalam buah pear, menjadi pelawas untuk mudahkan pembuangan anak

3. KIWI

– Kiwi ada enzim actinidin main peranan dalam pergerakan usus supaya najis anak lawas dengan baik.

4. BUAH TIN

– Ada kandungan enzim ficin, yang beri kesan baik pada usus untuk lancarkan pembuangan.

5. BUAHAN CITRUS

– Serat pektin dan antioksida naringerin dalam buahan citrus, bantu untuk pejalanan usus yang baik dan elakkan sembelit berpanjangan pada anak.

6. BAYAM & SAYURAN HIJAU 

– Sayur macam ni tinggi dengan serat mudah larut yang penting untuk najis yang lembut.

7. BROKOLI

– Pertambahan berat pada najis bila anak makan brokoli, akan mudah dan lancarkan pembuangan anak.

8. KACANG PEAS

– Jenis kekacang macam ni, tinggi dengan serat mudah larut. Mampu elakkan anak sembelit jika diambil dengan lebih kerap.

9. UBI KELEDEK

– Keledek ada serat cellulose, lignin dan pectin, untuk bantu pergerakan keluar najis di usus dengan lebih baik.

10. FLAXSEED

– Flaxseed serap air seakan span di usus, yang mana akan bantu untuk lembutkan najis. Cuba masukkan dalam makanan anak, makan dengan yogurt pun sedap.

Korang boleh cuba ya. Kita ikhtiar, taknak anak berpanjangan sangat sembelit. Masalah ramai ibu ayah yang saya selalu jumpa di klinik.

Bila sembelit, najis tak keluar, badan tinggi dengan toksin. Anak akan mudah jatuh sakit. Paling kurang, pastikan sekali sehari anak membuang. Banyakkan 10 jenis makanan ni di rumah. Tinggalkan makanan proses ya. Kita cuba sama-sama ok.

Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×