Famili

Rupanya Ada Cara Berbeza Titip Pesan Dekat Anak Lelaki & Perempuan

3.5K
SHARES
cara didik anak

Mendidik anak-anak yang makin membesar ternyata bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula dengan ragam anak lelaki dan anak perempuan yang berbeza membuatkan ibu bapa pun pening kepala. Namun begitu, terdapat beberapa teknik dan cara semasa titip pesanan buat anak lelaki dan anak perempuan supaya lebih ‘menjadi’.

Baca juga: Dilabel Lembik, Wanita Nangis Breakdown Jaga Anak Di Rumah Dapat Sokongan Ramai

ADA CARA BERBEZA TITIP PESAN DEKAT ANAK LELAKI & PEREMPUAN

Berdasarkan perkongsian dari akaun Tiktok @linas198, dia berkongsikan beberapa tips untuk ibu bapa amalkan semasa bercakap dengan anak yang berbeza jantina khususnya ketika menitipkan pesanan.

Menurutnya, apabila bercakap menitipkan pesanan kepada anak lelaki, adalah disarankan untuk bercakap secara ‘direct’ dan tidak perlu berkias-kias ketika membisikkan ke telinga.

Hal ini kerana menjadi lumrah terciptanya lelaki adalah mereka tidak faham bahasa kiasan. Selepas memberi pesanan secara terus tersebut, apa yang anda boleh lakukan adalah peluk dan usap belakang kepala anak lelaki tersebut.

Berbeza pula dengan anak perempuan ketika anda menitipkan pesanan adalah anda perlu memandang matanya.

Hal ini kerana menjadi lumrah seorang perempuan menganggap apabila dilihat menerusi mata adalah bermaksud ibu dan ayahnya memberi perhatian yang penuh kepadanya. Kemudian, peluk dan usaplah di bahagian belakang kepala anak kerana itulah ‘soft spot’ untuk anak-anak lebih mudah mendengar kata.

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok @Fazlina (@linas198)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×