Famili

Dilabel ‘Lembik’, Wanita Nangis Breakdown Jaga Anak Di Rumah Dapat Sokongan Ramai

949
SHARES

Siapa cakap menjadi seorang surirumah itu merupakan perkara yang mudah? Ramai yang tidak tahu bahawa menjadi surirumah sebenarnya memerlukan kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang tinggi. Namun, masih ramai yang memandang remeh akan rutin ini dan ada juga yang melabelkan ibu yang penat menjadi surirumah adalah ‘lembik’!

Baca juga: [VIDEO] Jiran Suka Sidai Baju Di Pagar Macam Rumah Sendiri, Geram Tengok!

DILABEL ‘LEMBIK’, WANITA NANGIS BREAKDOWN JAGA ANAK DI RUMAH DAPAT SOKONGAN

Baru-baru ini viral di laman media sosial selepas seorang wanita dan ibu ini berkongsikan video memaparkan hakikat menjadi seorang surirumah. Walaupun seronok dapat melihat si manja membesar di depan mata, namun penjagaan emosi dan fizikal juga amat penting bagi memastikan para ibu ini berada pada tahap mental yang sihat. Nampak mudah menjadi surimah namun realitinya hanya mereka sahaja yang tahu.

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Ayu Dewi (@bungaaayu)

Namun, ada juga dalam kalangan warganet yang berpendapat berbeza. Kecoh di laman media sosial menerusi posting berkenaan apabila seorang lelaki tampil mengatakan bahawa wanita yang sering merungut dan memaparkan video menceritakan mengenai kesedihan menjaga anak-anak secara sendiri ini sebagai ‘lembik’. Bukan itu sahaja, dia turut melabelkan bahawa kaum ibu ini juga hanya ingin mendapat populariti menerusi tontonan video sahaja.

Tampil saudara Khairul Abdullah di laman Facebook menepis sama sekali pendapat berkenaan dengan mengatakan bahawa kita tidak berada di tempat orang yang mengalami kesusahan tersebut. Posting ini juga mendapat reaksi yang positif dalam kalangan ibu yang bersetuju dengan apa yang disuarakan, lantas tidak menyokong segala perkara negatif iaitu budaya maki hamun yang diperkatakan.

Bang, kita ni manusia, semua tak sama.

Untunglah mak kau chill sahaja beranakkan kau dan adik beradik kau. Aku ada tengok mak orang lain yang depress, yang meroyan sebab anak-anak ni. Nasib diorang tak baik sama macam mak kau. Semua orang ada cabaran masing-masing dalam membesarkan anak-anak. Kau kalau hadap anak-anak 24jam sehari 7 hari seminggu dan 365 hari setahun, kalau takde sekelumit pun rasa stress memang kau power lah.

Aku lelaki yang gagah perkasa ni pun selalu stress, selalu depress sampai anxiety attack sampai masuk sepital bagai, punya stress sebab 24jam kerja aku urus anak-anak bersendirian.Bukan senang weh urus anak-anak kecil. Kau buatlah sendiri semuanya 24 jam sehari selama 3 bulan cukuplah dan baru kau tahu langit tinggi rendah. Di zaman media sosial ni, orang nak meluah. Biarlah dia. Dia penat, dia stress maka dia luah. Kau kalau ada tips, kau bagi tips kat dia untuk dia tangani stress atau depress dia tu. Kalau kau tak boleh bantu kau doakan.

Kalau kau rasa meluat, kau tutup, tak payah tengok. Kau pergi tolong bini basuh berak anak atau lipat kain lebih bagus. Tapi bukan maki hamun dan doa buruk macam gitu. Cuba orang cakap gitu kat bini kau. Kau rasa? Hmmmm. Budaya maki hamun orang Melayu Islam ni sangat kritikal. Dah macam takde agama. Haishhh.

Sumber: Bungaaayu, Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×