Famili

Jangan Terlalu Berterus-terang Dengan Anak. 8 Perkara Ini ‘Biarlah Rahsia’

252
SHARES

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita sentiasa bersikap terbuka dan jujur terhadap anak. Namun, jika difikirkan semula, mungkin ada sesetengah perkara yang patut didiamkan saja dan dirahsiakan daripada mereka.

Sebahagian perkara yang dirahsiakan ini mungkin bukanlah perkara besar, tetapi ia dapat memainkan peranan dalam membentuk peribadi anak.

8 Perkara Yang Patut Ibu Bapa Rahsiakan Daripada Anak-anak

Berikut adalah perkara yang patut kita rahsiakan daripada mereka.

1. Kelemahan / Keburukan Pasangan

Walau apa jua yang berlaku antara anda berdua, cubalah untuk tidak menceritakan keburukan pasangan masing-masing di hadapan anak.

Pergaduhan atau salah faham memang biasa berlaku dan tiada masalah jika anak anda mengetahui tentangnya. Tetapi, penting untuk mereka juga mengetahui bagaimana anda berdua menyelesaikan konflik tersebut dan saling berbaik semula. Sedikit sebanyak, ia dapat mengajar anak untuk berhadapan dengan masalah dan menguruskan emosi dengan berkesan.

Foto Kredit: couplestherapyinc.com

Foto Kredit: couplestherapyinc.com

2. Betapa Sakitnya Melahirkan Mereka

Tidak perlulah kita membuat anak rasa bersalah dengan mengungkit kesakitan bersalin yang dilalui semata-mata untuk menagih simpati mereka. Apabila besar nanti, tentu mereka akan tahu sendiri betapa sakitnya kesakitan bersalin itu.

Lagipun, kesakitan ini semuanya berbaloi, bukan?

cara didik anak kecil

Foto Kredit: keyword-suggestions.com

3. Masalah Kewangan

Sekiranya anak anda masih kecil, adalah tidak relevan untuk memberitahu mereka masalah kewangan yang anda hadapi kerana mereka tidak boleh melakukan apa-apa untuk membantu anda menyelesaikannya. Sebaliknya, ia hanya akan membuatkan mereka stres dan tertekan kerana beranggapan bahawa mereka membebankan anda.

Oleh itu, didik anak untuk bersederhana dan yakinkan mereka bahawa kasih sayang anda adalah melebihi segalanya.

Foto Kredit: rd.com

Foto Kredit: rd.com

4. Anda Sebenarnya Sukakan Junk Food

Walaupun ibu dan ayah pun kadang-kadang ‘mengidam’ juga nak makan kerepek, coklat, atau gula-gula, cubalah ‘sembunyikan’ tabiat ini daripada mereka. Ini kerana, tabiat makan ibu bapa dapat mempengaruhi sebahagian besar daripada tabiat makan anak.

Oleh itu, ajarkan mereka diet seimbang dan biasakan dengan makanan sihat sejak kecil. Selain penting untuk kesihatan, ia juga bakal menjadi tabiat apabila anak semakin dewasa kelak.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. Anda Terlalu Risaukan Mereka Sepanjang Masa

Sebagai ibu bapa, tentulah kita risaukan akan selalu memikirkan tentang keselamatan dan kegembiraan anak masing-masing. Di samping itu, akan muncullah rasa takut jika berlaku sesuatu kepada mereka.

Walaubagaimanapun, anak-anak tidak perlu tahu betapa paranoidnya anda terhadap mereka sepanjang masa. Ia boleh menjadikan anak kurang konfiden untuk berdikari dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

anak yang sensitif

Foto Kredit: opti-mum.com

6. Anda Benci Melakukan Kerja Rumah

Kerja rumah amat memenatkan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Walaupun anda tidak suka melakukannya, elakkan daripada mengungkit dan membebel mengenai kerja-kerja rumah yang perlu dilakukan.

Sebaliknya, ajarkan anak tentang tanggungjawab dan galakkan mereka untuk belajar melakukan kerja rumah. Menurut kajian, anak sudah boleh mula disuruh melakukan tugas mudah seawal usia 2 tahun. Walaupun pada awalnya ia tidak sempurna, tapi lama-kelamaan, mereka akan terbiasa untuk menguruskan diri sendiri.

pengalaman anak pertama

Foto Kredit: sheknows.com

7. Kerjaya Anda Lebih Penting Daripada Segalanya

Pekerjaan atau karier amat penting demi memastikan kelangsungan hidup. Tentulah ada masanya kita sukar untuk membuat pilihan antara menghadiri Majlis Jamuan di Tadika anak atau menghadiri mesyuarat penting yang telah dirancangkan sejak 6 bulan lalu. Namun, jangan sesekali meremehkan hal tersebut berbanding kerjaya anda.

Sekecil-kecil perkara ini adalah besar maknanya bagi anak anda. Oleh itu, cuba pastikan anda dapat meletakkan keutamaan juga kepada hal-hal yang bermakna dalam hidup si kecil. Ini penting untuk menjadikan anda sebahagian daripada memori mereka.

Foto Kredit: bezzia.com

Foto Kredit: bezzia.com

8. Anda Tidak Yakin Terhadap Kemampuan Mereka

Ibu bapa mungkin adalah orang yang paling mengenali anak anda dan anda tak mahu melihat mereka gagal dalam sesuatu. Tapi, menghalang mereka daripada melakukannya bukanlah langkah yang bijak kerana anak anda perlu melalui proses tersebut dan menilainya sendiri.

Apabila besar nanti, mereka mungkin akan menyesal kerana tidak pernah mencuba dan takut terhadap kritikan anda. Jadi, beri peluang untuk mereka membuktikan minat mereka walaupun ia mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil.

anak lambat bercakap

Kejujuran Itu Penting, Tapi…

Bukan semua perkara perlu kita berterus-terang kepada anak. Kita juga manusia yang tidak serba sempurna. Apa yang kita boleh lakukan adalah membimbing anak-anak sedaya-upaya untuk mempersiapkan mereka menghadapi dunia sebenar.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×