Rakyat

Jangan Start Enjin Dulu, Ini Cara Claim Insurans Kereta Kena Banjir

383
SHARES

Nampaknya bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara telah merosakkan pelbagai harta benda orang ramai. Ini juga termasuk kenderaan yang diletakkan di luar dan telah ditenggelami air banjir. Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada boleh ‘claim’ polisi insurans kereta yang ditenggelami banjir atau tidak.

Berikut merupakan perkongsian tentang cara untuk anda claim insurans kereta yang ditenggelami banjir. Semoga dapat membantu!

Baca juga: #DaruratBanjir: Senarai Lengkap Tempat Anda Boleh Salurkan Derma & Bantuan

MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?

Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat:

1. Jangan start enjin.

2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.

3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.

4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.

Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya. Semoga banjir cepat surut dan hujan berhenti segera.

claim insurans kereta banjir

“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah.”

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Ieza Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×