40 Minggu

#ProjekMimpi [VIDEO] Gugur Ketika Cubaan Pertama, Pasangan Ini Dikurniakan Kembar 3 Percubaan Kedua IVF

84
SHARES
PROJEK MIMPI

Seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai usaha telah diperkenalkan terutama sekali dalam proses untuk membantu wanita hamil. Ini termasuklah dengan rawatan In Vetro Fertilisation atau IVF yang merupakan kaedah popular untuk merealisasikan impian setiap pasangan yang inginkan zuriat.

Begitu juga dengan kisah inspirasi yang dikongsikan oleh doktor pakar sakit puan di laman media sosial beliau dimana pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar tiga selepas mengalami keguguran kali pertama. Memang berita yang menggembirakan!

CUBAAN KEDUA IVF DAPAT KEMBAR 3!

Berdasarkan dari perkongsian doktor pakar sakit puan, Dr. Thokha Muhammad, pasangan yang berkunjung ke kliniknya kali ini pernah mengalami keguguran ketika kandungan berusia 6 bulan. Kandunga yang lepas juga merupakan hasil dari percubaan menggunakan kaedah in vitro fertilisation (IVF).

Namun, kekecewaan itu tidak lama kerana mereka dikurniakan rezeki selepas 3 bulan percubaan kali kedua menggunakan kaedah IVF. Keajaiban berlaku apabila pasangan ini mendapat khabar baik apabila doktor mengesahkan bahawa mereka bakal menimang kembar tiga!

 

‘SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH’

Bukan saja memberi khabar gembira kepada tuan badan, malah berita ini juga menggembirakan ramai pengikut di laman Instagram Dr. Thokha Muhammad. Rupa-rupanya masih ramai yang dalam proses untuk mendapatkan zuriat dan masih mencuba.

*Semoga anda yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat akan dikurniakan dengan rezeki khabar gembira ya. Jangan pernah berhenti mencuba.

Sumber : Dr. Thoka Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×