DIY & Kraf

[VIDEO] Ini Sebenarnya Cara Mudah Buka ‘Cable Tie’ Tanpa Guna Gunting

135
SHARES

Biasanya apabila pergi ke pasar raya untuk membeli-belah pasti selepas membuat bayaran, bungkusan plastik diikat menggunakan cable tie. Hal ini untuk mengelakkan barang tercicir tanpa disedari dan lebih selamat.

Antara jalan mudah dan laju untuk membuka ikatan cable tie itu pastilah menggunakan gunting. Betul tak? Tetapi sebenarnya ada satu trick mudah yang anda boleh cuba untuk membuka ikatan cable tie tanpa menggunakan gunting. Nak tahu macam mana? Jom tengok video di bawah.

Baca juga: Step-By-Step DIY Lampu Studio ‘Hangus’ RM30 Je, Hasil Memang Padu!

INI SEBENARNYA CARA MUDAH BUKA IKATAN ‘CABLE TIE’

Menerusi video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh @Sallywong itu, dia memaparkan langkah mudah untuk membuka ikatan cable tie tersebut tanpa menggunakan sebarang alat seperti gunting.

Dapat dilihat dalam video tersebut, di bahagian belakang cable tie, ada satu bahagian timbul dan tekan bahagian menonjol tersebut sambil menarik keluar cable tie tersebut.

*Jangan lepaskan tekanan anda pada bahagian menonjol tadi sehingga berjaya membuka ikatan kabel tersebut.

VIDEO PENUH:

“BARU SAYA TAHU CARA BETUL…”

Video tersebut menerima 2.3 juta tontonan dan netizen juga turut berkongsi beberapa cara yang digunakan untuk membuka ikatan tersebut.  Macam-macam cara ada.

Sumber: TikTok Sallywong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×