Teknologi

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank Tanpa Perlu ‘Introducer’

261
SHARES

Sebelum ini, kebanyakan bank memerlukan introducer sekiranya seseorang ingin membuka akaun perniagaan atau akaun semasa. Untuk Maybank, orang yang layak menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun Maybank tetapi akaunnya mesti aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Maybank kini tidak memerlukan introducer terutamanya untuk perniaga kecil-kecilan. Jadi, jika anda ingin membuka akaun perniagaan Maybank tanpa perlu introducer, boleh ikuti langkah di bawah.

Baca juga: Kalau Akaun Bank Tiba-Tiba Kena Hack Dengan Scammer, Boleh Aktifkan Fungsi Ini

CARA BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA PERLU ‘INTRODUCER ‘

akaun perniagaan maybank

Harini selesaikan urusan aktifkan akaun perniagaan di Maybank. Lama dah tangguh sebab dulu perlukan ‘introducer.’ Maybank baru saja lancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk seller kecil-kecilan. 

Cara mendaftar: 

1. Daftar akaun perniagaan kita melalui link ini: https://bit.ly/38s7mn5.

2. Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.

3. Apabila selesai, ingat access kod yang diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).

4. Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.

Sedia dokumen:

1. MyKad

2. SSM Certificate Registration

3. SSM Form A

4. SSM Business Info

5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)

– Kita mesti ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. Mesti ke Maybank yang kita pilih semasa register online.

– Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email. Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi.

– Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking. Nanti kita akan ada satu lagi online banking bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.

– Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online. Sediakan masa 1 jam setengah untuk urusan di bank ini.

Mudah sahaja kan? Moga bermanfaat!

Sumber: Facebook Huda Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×