Dapur

Cara Buat Tempe Homemade, Dijamin Menjadi & Rangup Guna 3 Bahan Ini

3
SHARES

Siapa suka makan tempe? Memang sedap makan sambal tempe bersama nasi panas. Biasanya, nak dapatkan tempe di luar agak sedikit susah kerana tidak ramai yang menjualnya. Kalau ada pun, harganya agak sedikit mahal.

Jadi, apa kata anda buat sendiri sahaja tempe di rumah. Prosesnya mudah dan hanya memerlukan 3 bahan penting sahaja. Jom kita cuba cara yang dikongsi oleh Norlaila Dlaila di laman Facebook sehingga menerima 15K share. Wah!

Baca juga: Resepi Biskut Lemak Tumis Telur, Menu ‘Rare’ Untuk Sarapan

CARA BUAT TEMPE HOMEMADE, DIJAMIN MENJADI & RANGUP GUNA 3 BAHAN INI

tempe

Cara buat tempe confirm jadi.

Anggaran sukatan:

  • 1 kilo kacang soya
  • 1 sudu ragi
  • 1 sudu tepung jagung

Cara penyediaan: 

1. Mula-mula rendam kacang soya selama 5 jam.

2. Kemudian, rebus kacang selama 25 minit tutup api biarkan kacang soya tu terendam semalam dalam air rebusan tu.

3. Buang air rebusan tu basuh kacang soya sambil diramas-ramas untuk buang kulitnya. Bilas beberapa kali sampai kulitnya habis semua.

4. Rebus lagi kacang soya selama 25 minit.

tempe

5. Tos kan airnya dan pastikan kacang soya dikeringkan sampai betul-betul kering (tak perlu bilas)

6. Dah kering gaulkan kacang soya dengan ragi dan tepung jagung. Ragi tu beli dekat Shoppe RM4 100 gm. 100gm tu boleh 2 kali buat tempe.

7. Kemudian, masukkan dalam plastik di seal lepas tu dicucuk-cucuk dengan lidi.(Kalau nak tempe gemuk letak padat-padat)

8. Simpan tempe di tempat gelap dan panas selama semalaman.

9. Jangan ditindan-tindan ye. Letak satu-satu dalam bakul dan tutup dengan surat khabar pun ok. Ikut betul-betul cara di atas. Insha Allah menjadi, dah boleh buat busines tempe.

Selamat mencuba! Hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Mudah kan?

Sumber: Facebook Norlaila Dlaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×