Dapur

Resepi Biskut Lemak Tumis Telur, Menu ‘Rare’ Untuk Sarapan

42
SHARES

Biasanya kalau sarapan pasti menu seperti nasi lemak, nasi goreng dan roti canai menjadi pilihan hati dan dipadankan pula dengan teh panas atau teh tarik. Tak salah kalau mahu cuba kelainan dan kita cuba menu baharu lain daripada lain iaitu biskut lemak tumis telur.

Pasti ramai dalam kalangan kita tak percaya biskut kering dan petak boleh ditumis bersama telur dan bawang menjadi satu hidangan hebat untuk sarapan.

Baca juga: Resepi Cucur Ketam Crispy Viral, Confirm Licin Anak Makan!

RESEPI BISKUT LEMAK TUMIS TELUR, MENU RARE UNTUK SARAPAN

Kalau anda tak percaya dan tertanya-tanya bagaimana rasa menu istimewa tersebut, apa kata cuba buat sendiri resepi yang dikongsi oleh Aqilah Idris di laman TikToknya.

Bahan-bahan diperlukan: 

  • Sebiji bawang besar
  • 3 biji telur
  • 15 keping biskut
  • Sedikit kicap, daun sup dan garam

Cara penyediaan:

1. Patahkan biskut kering dan tumis bawang besar merah sehingga layu.

2. Kemudian, masukkan 3 biji telur, kicap manis dan biskut yang dipatah-patahkan.

3. Gaul sebati dan perasakan dengan sedikit lada putih serta garam. Tabur daun sup dan sedia untuk dihidangkan.

*Boleh juga tambah daging atau ayam cincang.

Perkongsian video tersebut dibanjiri komen warganet yang rata-rata berpendapat menu tersebut agak sedikit pelik namun, ada juga yang pernah mencuba dan ternyata memang sedap!

VIDEO PENUH:

@aqilahidris1311

Biskut lemak tumis. Bhn: sebiji bwg besar, 3biji telur, 15 keping biskut, sedikit kicap, daun sup dan garam. #creamcracker #hupsengcreamcrackers #biskut #biskutlemak #myfoodie #food #fypシ #tiktok #tiktoker #foodpost #foodporn

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Sumber: TikTok Aqilah Idris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×