DIY & Kraf

Alamak Roadtax Koyak! Ini Cara Mohon Sticker Roadtax Rosak & Hilang Dari JPJ

20
SHARES
cara mohon roadtax

Apa perkara yang penting untuk anda yang memandu kereta dan menunggang motosikal? Sudah semestinya perlu ada ‘sijil halal’ atau dikenali sebagai roadtax! Tapi, setiap kali hendak melekatkan roadtax baharu pada kereta pasti akan ada insiden yang tidak dikehendaki iaitu roadtax terkoyak dan rosak. Macam mana nak buat?

Rupa-rupanya ada cara yang anda boleh buat untuk mohon sticker roadtax yang rosak atau hilang hanya dengan pergi ke cawangan JPJ yang terdekat. Berikut merupakan langkah-langkahnya…

Baca juga: Cara Nak Bersihkan Kipas Meja Dengan Pantas, 5 Minit Siap!

CARA MOHON STICKER ROADTAX ROSAK & HILANG

Cara-caranya adalah:

1) Pegi mana mana cawangan JPJ yang terdekat.

2) Isi borang JPJ K7 (Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)

3) Hantar borang yang dah lengkap dekat kaunter & tunjuk IC korang

4) Untuk ganti roadtax yang hilang kena denda ya & free untuk ganti roadtax yang rosak.

(Motor)

– Semenanjung Malaysia: RM20

– Sabah: RM25

– Sarawak: RM20

(Kereta & kenderaan lain)

– Semenanjung Malaysia: RM50

– Sabah: RM25

– Sarawak: RM20

Kalau wakil boleh tak?

Boleh! Wakil kena bawa:

– Salinan IC pemilik kenderaan

– Salinan geran

– Salinan IC wakil

– Borang JPJ K7 yang dah isi

Sumber: Twitter @anissurayaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×