Dapur

Cara Buat Nasi Impit Sendiri, Guna Rice Cooker Je Rupanya!

19
SHARES
cara buat nasi impit

Bila sudah masuk bulan Ramadan, mesti ramai dalam kalangan kita yang tidak sabar untuk menyambut bulan Syawal pula bukan? Antara makanan yang mendapat perhatian ramai ketika ini salah satunya adalah nasi impit. Rupanya nak buat nasi impit ini mudah sahaja dan anda tak perlu beli yang segera kerana buat sendiri lebih sedap!

Senang sahaja dengan perkongsian resepi buat nasi impit sendiri di bawah. Hari-hari dah boleh makan nasi impit lepas ini.

Baca juga: Tips Hilangkan Kapur Dalam Mi Kuning Guna Gula, Baru Sedap Makan!

CARA BUAT NASI IMPIT SENDIRI, SENANG JE!

Tak pernah buat nasi impit sendiri. Rupanya senang aje. Dah la senang, dapat jimat gas lagi sebab guna rice cooker je. Ni cara dia.

1.Sukatan beras dan air nisbahnya, 2 cawan nasi : 5 cawan air.

2.Masak nasi macam biasa. Masukkan daun pandan untuk aroma.

3.Bila dah masak tu, keluarkan masa panas-panas tu. Letak dalam bekas tipuware, tu paling senang tak melekat.

4.Penyet-penyetkan sampai rata. Tutup dengan plastik dan letak benda berat kat atas. Tujuan nak bagi dia mampat lagi. Biarkan dalam 5 jam camtu, dah boleh potong.

Boleh lah cuba. Esok ada yang buat mantai kan. Ha senang takyah rebus lama-lama ketupat mini tu.

Selamat menyambut bulan ramadhan.

UPDATE:

Ada juga yang buat nisbah beras : air, 1 : 3 . Kalau suka yang lembik boleh guna nisbah 1,3. Yang rina share (nisbah 2:5) tekstur dia just nice tak keras, tak lembik. Kalau guna basmathi maybe kena lebihkan air lagi. Kita buat dia kan. Eheh. Kena try n error. Rina guna beras jati je.

Sumber: Arina Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×