Dapur

Cara Buat Mushroom Soup Berkrim ‘Viral’ Yang Enak Dimakan Ketika Cuaca Sejuk!

0
reads

“Cuaca sejuk ni sesuai makan apa eh? Rasa macam nak makan mushroom soup yang pekat tu..”

Sup cendawan atau mushroom soup merupakan antara juadah yang mendapat tempat di hati ramai. Mushroom soup ini juga sangat sesuai dimakan dan dihirup tidak kira masa. Tambah pula apabila negara kita sedang mengalami cuaca dan suhu yang sejuk ini, lagi bertambah sesuai jika dihidangkan sup cendawan yang pekat dan panas kepada seisi keluarga!

foodandnutrition.org

Jom kita cuba resipi mushroom soup yang viral ini!

Bahan bahan

www.facebook.com/umisuhanna.umi

(A)
4 cendawan butang (hiris)
4 cendawan shiitake (hiris)

10 cawan air rebusan ayam
(Kak Ana takde ayam hari ni so gantikan dengan air putih + 3 kiub ayam maggi)

1/2 bawang holland (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 batang celery (hiris)
1 helai daun bay
1/2 cawan susu sejat penuh krim atau krim masakan. (Anggaran 100ml)

Sedikit garam dan Sedikit perahan limau nipis

50gm butter untuk menumis

http://thepioneerwoman.com/

(B)
4 cendawan butang (hiris nipis untuk tambah rasa chunky dalam sup)
Sedikit daun saderi untuk hiasan

Bahan pemekat, untuk pekat kan sup 

50 gm butter
100 tepung gandum

1. Panaskan butter dengan api sederhana, masuk kan tepung.

2. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Cara membuat sup cendawan berkrim

1. Panaskan butter kemudian tumis bawang merah, bawang holland, celery dan kacau hingga naik bau.

2. Masukkan kesemua cendawan yang dihiris bahagian (A), daun bay dan masukkan air serta kiub ayam.

3. Biar dia mendidih dan renehkan lebih kurang 15 minit.

4. Masukkan susu sejat atau krim masakan dan bahan pemekat sup.

5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sedikit.

6. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga halus sup tadi. Sebelum kisar, #janganlupakeluarkandaunbaydulu.

7. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan cendawan (B) dan panaskan balik sup tu.

8. Siap untuk dihidangkan dengan roti bawang putih.

www.facebook.com/umisuhanna.umi

*Dah boleh makan seisi keluarga! Lagi sedap bila makan dalam cuaca sejuk sekarang ni.

Sumber: Suhanna Zakaria

Yang Popular

To Top