Dapur

Cara Buat Milo Ais ‘Mengigau’ Padu Lemak Berkrim Guna Milo Australia, Rasa Beza!

97
SHARES

Siapa yang tidak kenal dengan minuman milo ais bukan? Pergi sahaja kemana-mana pun minuman ini pasti menjadi pilihan pelbagai generasi tidak kira tua dan muda. Tapi kenapa bila kita nak bancuh milo ais ini di rumah pasti akan rasa lain dari di kedai. Adakah jenis milo yang digunakan berbeza?

Oleh itu, ini perkongsian cara nak buat milo ais padu lemak berkrim menggunakan milo Australia. Rupanya ada kelainannya!

Baca juga: Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Paling Kaw!

CARA BUAT MILO AIS ‘MENGIGAU’ PADU LEMAK BERKRIM

‘RESEPI YANG DIPERBAHARUI’

MILO- Satu produk berasaskan koko yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita semua membesar bersamanya sehingga kan ada yang terlebih ‘besar’ seperti saya sekarang. He..he.. Tentu ramai yang setuju kalau saya katakan MILO yang kita rasa sekarang, jauh berubah rasanya dengan yang dahulu. Tidak lemak dan kurang ‘kick’, hanya terasa manisnya yang lebih. Apa sebenarnya yang telah berlaku ? Kita tentu sering terlihat perkataan ini dalam produk makanan.

Ramai yang salah anggap bila sesuatu resepi itu diperbaharui, rasa dan kualitinya akan ditingkatkan. Sebenarnya ia adalah istilah untuk ubahsuai resepi bagi mengantikan sesuatu bahan kepada yang lebih murah demi mengimbang kos yang semakin meningkat tetapi mengekalkan harga jualan.

Sudahnya, susu tepung digantikan dengan serbuk krimer bukan tenusu (lemak kelapa sawit). Serbuk koko dikurangkan dan di gantikan dengan koko yang kurang berkualiti atau perisa koko sahaja. Semua ini berkait rapat dengan harga pasaran, persaingan dan kuasa membeli. Untuk merasai nikmat MILO seperti dahulu, kita boleh cuba dapatkan Milo dalan tin yang dikeluarkan di Australia tetapi harganya agak premium lah. Untuk berat 1 kg, biasanya harga dalam RM45 – RM50, jauh berbanding yang dikeluarkan di Malaysia cuma RM15 untuk 1.5 kg.

Apa bezanya?

Milo Australia lebih ‘Creamy’ atau bersusu kerana diperbuat dari susu lembu asli berbanding Milo Malaysia yang lebih manis dan menggunakan serbuk krimer sahaja. Apa-apa pun terpulang kepada citarasa dan selera masing-masing. Dua-dua ada kelebihan dan pengemarnya kerana sedap itu sangat subjektif. Jika suka yang manis dan berkoko, boleh pilih Milo Malaysia. Pastinya lebih murah. Bagi yang suka lebih berlemak dan bersusu, minum lah Milo Australia tetapi perlu bayar lebih. Tidak perlu kita berbalah kerana kita bebas memilih apa yang kita mahukan.

Di sini saya kongsikan resepi MILO AIS MENGIGAU yang padu lemak berkrim kegemaran anak-anak saya. Untuk 6 hidangan.

-12 sudu Serbuk Milo Australia

-2. gelas. Air Panas

-250 ml Susu Kotak Penuh Krim

-6 sudu Susu Pekat Manis

-4 gelas Kiub Ais

1. Masukkan Milo dan air panas ke dalam blender – kisar selama 15 saat. * Proses mengisar ini akan menjadikan serbuk milo lebih ‘homogeneous’ atau sebati.

2. Masukkan susu kotak dan susu pekat manis – kisar lagi 15 saat. * Boleh juga diletakkan 1/3 camca kecil Nescafe untuk kelainan rasa.

3. Masukkan ais dan biarkan sebentar.

4. Rasanya lebih ‘sempurna’ selepas 5 – 10 minit.

Rasa sekali, pasti terbawa ke mimpi.

Sumber: Chef Amer – The Chocolatier. Seorang pembuat coklat dan air berkoko.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×