Dapur

Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Paling Kaw!

2.2K
SHARES

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti kita kenal dengan minuman ‘berhantu’ yang sering dibeli di kedai mamak bukan? Minuman tersebut adalah teh ais, kopi ais, nescafe ais dan milo ais. Pergilah kemana sahaja pun, ini merupakan senarai minuman yang paling diminati tetapi agak sukar untuk dibancuh untuk mendapat kesedapan yang sama macam di kedai. Oleh itu, jom kita cuba perkongsian resepi 4 jenis air ini supaya anda boleh dapat merasai kenikmatan yang sama macam di kedai mamak!

Baca juga: Ini Cara Bancuh Kopi Kaw Tanpa Guna 3 in 1, Macam Minum Di Starbucks!

CARA BANCUH TEH AIS, KOPI AIS, NESCAFE AIS & MILO AIS PALING SEDAP!

Buat anda merupakan peminat atau ‘hantu’ kepada 4 jenis minuman ini, pastikan anda cuba!

1.Resepi Nescafe Ais kaw

-Nescafe 3 sudu kecil
-Susu pekat ikot tekak nak manis mana
-Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw

-Kacau-kacau lama-lama,masukkan ais dalam plastik. Tuang nescafe..Ikat letak strawww dah siap boleh minum dah. Boleh gak letak susu cair…Kalau tak nak pun takpa.

2.Resepi Milo Ais kaw

-Milo 4 sudu besar
-Susu pekat ikut tekak nak manis mana
-Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw

Kacau lama-lama,masukkan ais dalam plastik, tuang milo..Ikat letak strawww dah siap boleh minum dah. Boleh juga letak susu cair atau fresh milk..Nanti ada la rasa ala-ala air kotak.

Dan lagi 1 kalau nak buat neslo just tambah 2 sudu kecil nescafe. Milo kurangkan jadi 3 sudu.

3.Resepi Kopi ais kaw

-Rendam 2@3 sudu serbuk kopi
-Biar sampai nampak pekat..
-Tapis air kopi..
-Susu ikot nak manis mana. Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam..

Masokn ais dlm plastik dan tuang kopi ikat tepi letak straw …Boleh tmbh susu cair kalau suka.

4.Resepi Teh ais kaw

-Rebus 3 cawan air dalam periuk smpai mendidih,
-Letak 3@4 sudu serbuk teh tak kisah teh apa pun, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh ..
-Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna tu..

-Masukkan susu pekat agak-agak nak manis mnaa..
-Susu cair 3/4 sudu nak lemak-lemak lebihkan lagi..
-Garam cubit hujung-hujung je(tak letak pun takpa)
-Garam untuk lemakkan lagi teh ais..Boleh dah letak ais.. Dah siapppppp!

Sumber: Miz Juejue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×