Famili

Kalau Nak Pinjaman Lulus Dengan Mudah, ‘Haram’ Ada Perkataan INI Dalam Penyata Bank

5
SHARES
cara buat loan bank

Membuat pembiayaan atau pinjaman bank untuk melangsaikan hutang, sebagai penggunakan kecemasan atau pinjaman rumah/kenderaan amat popular dalam kalangan individu. Namun, kalau anda tersilap langkah dalam cara buat loan bank ini, kemungkinan 90% pinjaman tidak akan lulus!

Ramai yang terlepas pandang dan menanggap perkara kecil tetapi terdapat satu sebab yang sering membuatkan loan bank anda tidak lepas. Rupa-rupanya sebab ini…

Baca juga: Ada Impian Nak Jadi Cikgu? Ini 9 Pilihan ‘Laluan’ Kena Tempuh Supaya Berjaya!

CARA BUAT LOAN BANK SUPAYA SENANG LULUS, JANGAN ADA ‘INI’!

cara buat loan bank

Menurut perkongsian dari seorang penasihat kewangan sebuah bank terkemuka,terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan urusan pinjaman bank anda tidak lulus. Salah satu faktor yang paling dipandang remeh adalah perkataan ‘KUTU’ dalam penyata bank.

Menurutnya, ada beberapa kes yang melibatkan pinjaman bank ditolak kerana 1 perkataan ‘KUTU’ yang tertera dalam penyata bank. Tidak kisah perkataan itu ada dalam tempoh seberapa lama pun tetapi kalau boleh elakkan penggunaan perkataan ini dalam 3-6 bulan penyata.

Jadi untuk pemain tegar “KUTU” , yang mana nak buat pinjaman bank tolong elakkan tulis “KUTU” dekat butiran payment/reference.

Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan perkataan seperti ‘BAYARAN BULANAN’ atau ‘BAYARAN KEPADA PENAMA….’ supaya lebih selamat disemak oleh pihak bank. Apa yang penting adalah, penyata yang dihantar kepada pihak bank ini adalah untuk semakan kemasukan gaji setiap bulan untuk anda yang bekerja.

cara buat loan bank

*Jangan pula gantikan nama transaksi tersebut dengan nama pelik-pelik ya. Risau terkejut pihak bank.

@banker.co Pandai2 lah letak ayat lain yee‼️ jangan ckp abam x payung 🥹 #fypシ゚viral #foryoupage #trending #fyp #loanswasta #loankerajaan #pembiayaanperibadi #pembiayaanperibadibank ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Baca juga: 11 Tahun Kahwin Suami Tak Mampu Beli Emas Dekat Isteri, Rezeki Tak Macam Pasangan Lain…

Sumber: Tiktok @aqlzfry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×