Dapur

Cara Buat Jeruk Petai, Sedap, Ranggup & Tahan Lama

16
SHARES

Tidak dinafikan ulam-ulaman kampung sememangnya sedap dan memiliki khasiat yang bagus untuk kesihatan dalaman tubuh manusia. Petai jeruk antara ulam yang sedap dan merupakan satu makanan yang agak mahal kalau mahu beli diluar.

Jadi, mari kami kongsikan cara buat petai jeruk yang mudah dan ranggup tahan lama. Sesuai dihidangkan bersama nasi panas serta lauk pilihan hati. Wow!

Baca juga: Resepi Fishcakes & Isi Ketam ‘Crispy’, Memang Layan!

CARA BUAT JERUK PETAI, SEDAP, RANGGUP & TAHAN LAMA

Bahan-bahan:

  • Petai
  • Cili
  • Gula dan garam

Cara-cara penyediaan:

– Siang petai. Saya lebih gemar kalau dijerukkan bersama kulit tetapi kena buang tulang kiri dan kanan dia. Mata petai pula potong 1,2,3 untuk setiap keping.

– Bilas petai. Kemudian lakukan proses celuhan. Celuh dan rebus dua proses berbeza. Guna senduk yang berlubang pindahkan petai kedalam bekas yang bersih.

Saya percaya semua rumah ada mesin penapis air. Masukkan air sejuk kedalam bekas petai yang telah diceluh tadi sebab nak reduce kan suhu dia.

– Cari bekas untuk anda jerukkan petai anda tadi. Bancuh Gula dan garam serta air dari filter water..Rasa air tu kalau ok kita terus ke langkah seterusnya.

– Guna senduk berlubang tadi dan bila yakin petai tak panas pindahkan petai tadi kedalam bekas bancuhan gula dan garam tadi. Kalau nak masukkan cili api pastikan ciliapi juga dicuci menggunakan air filter water.

– Simpan dalam peti ais selama 12 hari. Tahan nafsu. Lepas 12 hari baru try satu. Letak luar (suhu bilik) pun ok.

CARA BUAT PETAI JERUK

Sedapnyaaaa!

Sumber: Facebook Arbi Mohd Arbi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×