Dapur

Resepi Homemade Coconut Candy Yang Lazat & Mengimbau Nostalgia

968
SHARES

Nostalgia sungguh bila sebut tentang coconut candy ini, bukan? Teringat gula-gula yang biasa kita beli masa zaman sekolah dahulu. Rasanya yang lemak manis dan tekstur kelapanya yang padat, itulah keistimewaannya yang menjadikan kita tak pernah bosan menikmatinya sepanjang hari.

Walaupun manisan ini begitu sinonim dengan budaya India, namun ia cukup digemari oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Begitulah keunikan rakyat Malaysia.

Sempena perayaan Hari Deepavali yang bakal menjelang tak lama lagi, kami berbesar hati kerana Puan Gnie Raj sudi berkongsikan resepi manisan coconut candy yang diwarisi oleh ibunya.

Resepi Coconut Candy Yang Mudah & Sedap

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coconut candy.

Bahan-bahan

  • Kelapa parut putih – 2 biji
  • Susu pekat 500gm – 1 tin
  • Gula pasir – 2 tin susu
  • Planta – 1 sudu besar
  • Sedikit pewarna makanan (apa-apa warna)

Cara-cara

1. Gaulkan Semua Bahan Dalam Kuali

Pertama sekali, masukkan semua bahan di atas kecuali perwarna di dalam kuali api besar.

Kacau sampai sebati dan seterusnya barulah masukkan pewarna mengikut warna dan kepekatan yang diingini.

Foto Kredit: wikihow.com

2. Kacau

Bila dah masukkan semua bahan, kacau adunan selama lebih kurang 15 minit (bergantung pada besar api) atau sehingga bahan-bahan tidak lagi melekat pada kuali.

Kena kacau selalu tak boleh tinggal ya.

Foto Kredit: pinterest.it

3. Masukkan Dalam Dulang

Langkah seterusnya, angkat adunan dalam kuali tadi dan pindahkan ke dalam dulang.

Tekan cepat-cepat masa panas untuk memadatkannya. Ini akan memudahkan proses apabila dipotong nanti.

4. Sejukkan & Potong

Selepas 5 minit, boleh buat garis lembut untuk anggaran saiz. Nanti senang nak potong.

Bila dah betul-betul sejuk, barulah potong petak-petak.

5. Siap!

Beginilah hasilnya. Bila dah siap, macam biasalah. Simpankan dalam bekas kedap udara.

Nampak sedap, kan?

Mudah Saja. Boleh Olah Ikut Kreativiti Masing-masing

Begitulah resepi asas untuk membuat coconut candy. Senang saja.

Selain membuat perisa original, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan perisa-perisa lain seperti pandan, kopi, coklat, kacang, atau apa saja seperti yang diolah oleh Puan Gnies di bawah ini. Anda juga boleh mengolah tahap kemanisannya mengikut citarasa tersendiri.

Selamat mencuba!

 

*Resepi asal coconut candy ini dikongsikan oleh Puan Gnies Raj dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Bagi yang tak berkesempatan untuk membuatnya sendiri di rumah, boleh terus terus pilihan coconut candy anda daripada Gnies Touch Cakes & Bakes.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×