Dapur

Cara Buat Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa, Rasa Sama Macam Di Masjid!

7.9K
reads

Esok dah nak puasa! Bila masuk saja bulan Ramadhan, banyak betul juadah yang dijual di bazar kan? Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Salah satu juadah yang wajib ada apabila berada dalam bulan ini ialah bubur lambuk. Bubur lambuk bagi setiap negeri di Malaysia ada yang berbeza cara memasaknya. Tetapi, kali ini, kami kongsikan resipi bubur lambuk yang paling ‘simple’ dan sedap macam yang selalu kita ambil dekat masjid tu. Jom kita cuba!

Pertama sekali!

www.facebook.com/aisha.shukor

Bahan-bahan: 

Dua pot beras yang dicuci dan rendam 15 minit
Daging tetel
Kentang
Lobak Merak
Bawang besar
Bawang putih
Halia sikit
Lada hitam halus setengah camca
Kiub pati ayam dua kiub (ni saya tak letak sebab dah habis stok)
Sepaket rempah sup
Sepaket kecil bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
Sekotak kecil santan kara

Langkah kedua

www.facebook.com/aisha.shukor

Blend bawang-bawang dan halia. Panaskan minyak dua sudu dan tumis sampai naik bau

Langkah ketiga

www.facebook.com/aisha.shukor

Masuk rempah sup dan tumis skali

Langkah keempat

www.facebook.com/aisha.shukor

Masuk daging tetel..balik-balikkan

Langkah kelima

www.facebook.com/aisha.shukor

Masuk beras tadi..balik-balikkan. Jangan letak air dulu..petua ni,supaya nasi kita tak hancur dan masih sebutir-sebutir bila masak nanti.

Langkah keenam

www.facebook.com/aisha.shukor

www.facebook.com/aisha.shukor

Baru masuk air..sukat untuk sampai masak bubur kita dan masuk carrot dan kentang sekali.

Langkah ketujuh

www.facebook.com/aisha.shukor

Bila dh 3/4 masak, masuk sekotak santan kara

Langkah kelapan

www.facebook.com/aisha.shukor

www.facebook.com/aisha.shukor

Masuk garam secukup rasa, lada hitam halus setengah camca dan kalau ada kiub pati ayam tu masuk masa ni.

Langkah kesembilan

www.facebook.com/aisha.shukor

Masuk bawang goreng sepeket tu tinggalkan sikit je utk tabur masa nk mkn nanti..masuk daun sup n daun bawang..biar mereneh dlm 10 minit.

Siap!

www.facebook.com/aisha.shukor

Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa!

Sumber: Aisha Shukor

Yang Popular

To Top