Cantik

Cara Buang ‘Whitehead’ & ‘Blackhead’ Yang Teramat Degil. Mudahnya, Bahan Pun Murah!

3.8K
SHARES

“Geramnya tengok whitehead dengan blackhead yang bersarang dekat muka ni. Puas duk tekan hari-hari, sampai merah-merah hidung. Macam mana nak hilangkan whitehead dan blackhead ni dengan berkesan ye? Pernah guna mask yang beli dulu, tak berkesan sangat pun.”

Memang geram bila rasa muka menggerutu aja gara-gara blackhead dan whitehead ni. Ada yang degil sangat nak keluar, sampaikan kalau kita beli mask yang di farmasi pun, tak tentu lagi boleh dihilangkan.

Dalam artikel kali ini, kami ingin tunjukkan cara membuat mask muka untuk buang segala whitehead dan blackhead pada wajah dengan cukup berkesan. Tips ini dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi Facebook beliau.

Memang mudah, hanya guna 3 bahan saja. Bahan-bahannya pun senang nak dicari dan murah pula tu. Jom kita tengok selanjutnya di bawah.

Cara Berkesan Buang ‘Whitehead’ & ‘Blackhead’ Yang Teramat Degil. Mudah, Bahan Pun Murah

Berikut adalah 3 bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Bedak cina / bedak nyonya / amoi / bedak sejuk.
  • Putih telur
  • Kapas muka

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau tak pernah jumpa bedak nyonya atau bedak sejuk tu. Beginilah rupanya. Bedak macam ni boleh dibeli dekat farmasi, kedai runcit, kedai RM2, Kedai DIY pun kadang-kadang ada.

Cara-cara

Bila dah cukup bahan, cara nak membuatnya senang saja.

1. Hancurkan Bedak

Mula-mula, tumbuk dan lumat-lumatkan bedak nyonya bagi hancur macam bedak biasa / loose powder tu.

Agak-agak ambil untuk guna banyak mana yang perlu saja, bukan pakai seketul besar tu ya.

2. Asingkan Telur Putih & Campurkan Bedak

Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih. Bubuhkan di dalam mangkuk dan kacaukan sedikit.

Lepas tu, campurkan telur putih dengan bedak sejuk yang dah dihancurkan tadi. Kacau kedua-dua bahan ini hingga sebati.

3. Sediakan Kapas

Seterusnya dah boleh ambil kapas muka untuk dicelup ke dalam campuran bedak nyonya yang dihancurkan dan telur putih tadi.

Boleh potong kecil-kecil supaya mudah nak ditepek pada muka nanti.

4. Tekap Pada Muka

Rendamkan sekejap kapas yang dipotong tadi dan lekapkan pada muka bagi rata. Gunakan terutamanya di bahagian T, bahagian yang selalu terkumpul blackhead dan whitehead.

Jangan basah sangat kapas tu ya, sebab nanti meleleh dan lambat kering.

Ha, beginilah cara pakainya. Saya memang pakai sebelum tidur dan duduk di bawah kipas selama lebih kurang 5-6 jam.

Ini Hasilnya Selepas 5-6 Jam

Puas hati sangat dengan hasilnya walaupun mungkin leceh sikit.

Memang licin hidung dibuatnya!

Yang ini pula di bawah dagu tadi.

Berkesan kan walaupun cuma guna bahan yang murah? Caranya pun senang sangat. Barulah terasa ringan wajah ni. Tak menggerutu atau rasa ‘berpasir’ lagi.

Jadi, siapa nak dapatkan ‘hasil’ macam ni, kenalah cuba ya!

 

*Tips hilangkan whitehead dan blackhead ini dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×