Suami Isteri

Cara Beri Kritikan Kepada Pasangan Tanpa Menyinggung Perasaan, Baru Tak Gaduh!

3
SHARES
cara untuk berkomunikasi dengan pasangan

Jarang sekali jika ada individu yang boleh terima jika diberikan kritikan. Siapa sahaja yang suka bila dikritik? Kritikan dari mak atau bapa kita sendiri pun tidak dapat kita terima di mana merekalah yang paling dekat dengan kita.

Persoalannya, bagaimana pula dengan hubungan pasangan? Kritikan boleh menjadi bahagian normal dari hubungan, kerana kita boleh sahaja tidak akan bersetuju dengan sesuatu yang pasangan kita lakukan atau pikirkan. Menegur seseorang itu pasti adab dan caranya. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda, seorang ahli psikologi telah berkongsi di Instagrammnya @ayankirma berkenaan cara memberikan kritikan kepada pasangan tanpa mengguris hatinya.

Baca juga: Soalan Kontroversi, Doktor Kongsi Perbezaan Antara Otak Lekaki & Perempuan

CARA MEMBERIKAN KRITIKAN KEPADA PASANGAN TANPA MENGGURIS HATINYA

Kita sering bertanya dengan diri sendiri, “Bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan lebih efektif kepada pasangan, sambil tetap menjaga perasaanya?”

Salah satunya dengan belajar memberikan kritik yang membangun atau sering juga disebut sebagai kritikan yang positif, yang berkemungkinan besar akan lebih mudah untuk diterima oleh pasangan.

Kritikan yang membangun memiliki ciri antaranya adalah tidak mengancam, menghindari menyalahkan, memberikan informasi yang spesifik dan menggunakan nada suara yang elok. Jadi bagaimanakah caranya? Cuba pelajari dan latih diri dengan beberapa cara ini:

1. Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk memberikan “feedback” atau kritikan pada pasangan.Contohnya, jika kedua-dua dalam keadaan yang tengah marah, baran atau penat, sebaiknya biarkan situasi itu menjadi lebih tenang terlebih dahulu sebelum berbincang. Hal ini dikatakan demikian kerana, takut nanti keluar perkataan yang menyakitkan hati dan boleh menyebabkan pergaduhan.

2. Jangan ungkit kesalahan masa lalu, fokus pada masalah yang sedang dihadapi.Apabila sudah berkomunikasi dengan baik, jangan asyik berbincang benda yang sama atau masa lalu kerana bimbang akan membuat tidak puas hati kepada pasangan anda.

3. Jangan menyindir, berteriak, memanggil dengan nama yang kasar atau hinaa semasa memberikan feedback.Jika anda hormat pasangan anda, semestinya anda tidak akan bertengkar dengan tidak beradab. Pasangan seharunya bekerjasama dan bukannya berebut permainan di mana siapa yang betul dan siapa yang salah.

4. Kritikan yang konstruktif juga harus diiringi dengan rasa penghargaan.Cuba untuk bercakap benda-benda baik yang telah dilakukan oleh pasangan anda supaya dirinya merasa dihargai dalam hubungan itu.

5. Gunakan message untuk menyampaikan feedback.Benda-benda ini mungkin nampak remeh, tapi dengan belajar menggunakan komunikasi dengan efektif dapat menyelesaikan masalah anda tanda anda sedari.

6. Dengar dahulu penjelasan pasangan anda sebelum memotongnya ketika berbincang.

Semasa tengah marah, semestinya kita tidak akan sabar untuk potong dan masukkan pendapat kita itu. Akan tetapi, sikap itu semestinya kurang wajar dan agak kurang ajar kerana kita tidak mendengar untuk faham, akan tetapi mendengar untuk bertindak dengan tidak waras.

Dalam sesebuah hubungan, semestinya tidak senang untuk ditangani. Apa-apa pun kesabaran dan tolak ansur memainkan peranan yang penting dalam hubungan untuk kekal lama!

Sumber: Instagram @ayankirma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×