Didik

Nak Speaking Macam Aisyah London? Download 5 Aplikasi Percuma Ini

4.1K
SHARES

“Macam mana aku nak bagi pandai berbahasa Inggeris ni? Nak pergi kelas kena bayar…”

Menguasai Bahasa Inggeris merupakan antara pengetahuan yang sudah dikategorikan sebagai wajib untuk anda ambil tahu. Tahu untuk berbahasa Inggeris sama ada dari segi percakapan, penulisan dan pembacaan merupakan kelebihan untuk anda berkongsi ilmu dan juga melancong. Mungkin ramai dalam kalangan anda tidak mahu untuk ke kelas Bahasa Inggeris kerana yurannya yang agak mahal dan perlu mengikut jadual masa. Namun, sebenarnya anda boleh sahaja belajar menguasai Bahasa Inggeris secara percuma!

1. Duolingo

Jika anda mahu belajar Bahasa Inggeris dari mula, ini merupakan salah satu aplikasi yang boleh membantu. Duolingo menggunakan 23 jenis permainan atau game yang memudahkan lagi pembelajaran anda. Buat anda yang masih berjinak-jinak untuk belajar, anda boleh mulakan dengan mempelajari verb, noun dan perkara asas lain dahulu. Buat anda yang sudah sedikit mahir, boleh terus cuba menyelasaikan ayat dan mempelajari bahagian penulisan pula.

2. Lingbee

Bila anda sudah belajar tentang frasa-frasa asas dalam Bahasa Inggeris, pastinya mahu mempraktikkan dari segi percakapan pula kan? Inilah masanya anda memerlukan pertolongan Lingbe. Aplikasi ini bantu untuk menghubungkan anda dengan orang dari serata dunia dimana anda boleh bercakap dan berlatih dengan orang luar. Bukan sahaja dapat belajar bercakap dalam Bahasa Inggeris, malah kita juga boleh mendapat kawan baharu.

3. Memrise

Ini merupakan aplikasi bahasa yang mendapat pengiktirafan Google Play Award 2017. Segala info dan pembelajaran dalam aplikasi ini digubal oleh komuniti Memrise yang menjadikan aplikasi ini lebih ‘user friendly’. Memang banyak kursus bahasa yang boleh didapati jika anda menggunakan Memrise.

4. Awabe

Ini merupakan satu platform bahasa Inggeris yang mempunyai lebih 400 frasa vocabulary dan ayat untuk membantu anda mempelajari Bahasa Inggeris. Aplikasi ini memudahkan anda belajar menerusi video, audio dan penterjemahan bahasa termasuklah permainan interaktif. Bukan itu sahaja, siap ada ujian untuk menguji tahap pengetahuan anda juga!

5. Learn English Daily

Kalau mahukan pembelajaran yang lebih simple dan mudah, anda boleh cuba aplikasi Learn English Daily. Bukan sahaja boleh membaca, anda juga boleh gunakan aplikasi ini untuk mendengar beribu-ribu pharasa Bahasa Inggeris yang dibuat oleh komuniti di dalam apps tersebut. Maknanya, segala ayat yang ada di dalam ini adalah lebih mudah dan sesuai dengan komunikasi harian anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×