Famili

5 Langkah Pisahkan Anak Tidur Buai, Taklah Susah Nak Ke Mana-mana Lagi

187
SHARES

“Hadui… Susah betul nak tidur budak kecik sorang ni. Pantang tak berbuai, mulalah dia tak mau lelap. Takkan nak angkut buai tu ke mana-mana. Pening kepala dibuatnya dah pukul 2 pagi ni.”

Kadang-kadang bukan ibu bapa yang biasakan anak tidur buaian, tapi dah kehendak pengasuh atau taska yang menjaga anak kita. Kita pun turutkan jugalah sebab niatnya nak memudahkan kerja mereka.

Tapi bila dah biasa dengan buai, ada sesetengah anak kecil yang langsung tak boleh lena kalau tak dapat buai. Puaslah kita dodoi ‘bagai nak rak’, tetap dia meraung dan tak mahu lelapkan mata. Jadi, apa nak buat?

Walaupun setiap anak berbeza, tapi berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda cuba dalam proses melatih anak tidur tanpa buaian.

5 Langkah Pisahkan Anak Tidur Buaian, Taklah Susah Nak Ke Mana-mana

1. Alih Ke Tilam Bila Bayi Lena

Jika anak anda begitu sukar dipisahkan dari buaian, cuba ambil masa sedikit dan pisahkan perlahan-lahan. Contohnya, dodoikan dulu dalam buaian dan bila dah tidur terus turunkan ke tilam. Kalau bayi tersedar, boleh mengiringkan bayi sedikit dan tepuk-tepuk belakangnya.

Bila dah biasa dengan cara ini, kurangkan masa mendodoi dalam buaian. Turunkan bayi ke tilam apabila bayi hampir tertidur. Maksudnya, bayi akan dilatih untuk tertidur semasa di atas tilam.

Akhirnya, dodoikan bayi dalam dukungan saja tanpa perlu menggunakan buaian lagi.

Foto Kredit: youtube.com

2. Babywear

Memang letih nak mendodoi dengan tangan, lebih-lebih lagi bila anak langsung tak menunjukkan isyarat mengantuk. Makin dia menangis dan meraung adalah.

Mungkin apabila kita letih, kita pun jadi kurang sabar nak mendukung – apatah lagi jika anak asyik meronta-ronta. Jadi, anda boleh cuba gunakan sebarang jenis baby carrier atau alat penggendong untuk membantu anda mendukung bayi dengan lebih tenang.

Masa nak tidurkan anak, pakai alat penggendong dan berjalan-jalanlah sambil mengusap-usap kepalanya atau menepuk lembut pada punggungnya. Akhirnya bila anak dah tertidur, turunkan ke tilam.

Foto Kredit: salutemedicina.eu

3. Dukung Anak Tanpa Mendodoi

Bila anak dah boleh tidur tanpa buaian, langkah seterusnya yang anda nak buat tentulah untuk cuba tidurkannya tanpa mendodoi lama-lama kan? Penat tu kalau asyik mendodoi dengan tangan, tambahan pula kalau anak jenis ‘semangat’.

Menurut pakar parenting Janet Lansbury, apa yang anda boleh buat adalah memendekkan masa mendodoinya semasa mendukung. Maksudnya masa mula nak tidurkan anak, kita boleh mendodoi dengan tangan macam biasa. Tapi bila anak dah nampak mengantuk, kita cuba atau perlahankan dodoian tangan kita dan akhirnya berhenti.

Jika anak memprotes, dodoikannya kembali. Tapi ulang semula langkah yang sama. Menurutnya, dalam masa seminggu biasanya anak akan terbiasa dan dapat tidur dalam dukungan anda tanpa perlu didodoi lagi.

Foto Kredit : chicco.pt

4. Sentuhan Tanpa Mendukung

Apabila anak dah boleh tidur tanpa kerap didodoi, anda boleh cuba meletakkannya terus di tempat tidur ketika waktu tidur.

Tanpa perlu mendukung, anda boleh memberinya rasa selamat dan selesa dengan sentuhan. Contohnya dengan menyapu lembut belakang bayi, mengusap dahinya, menepuk paha atau punggungnya.

Ulangi langkah ini sehinggalah anak anda boleh tertidur sendiri tanpa perlu didukung lagi.

carapisahkan anak tidur buaian

Foto Kredit: aimsindia.com

5. Simpan / Sorokkan Buaian

Bagi anak yang lebih besar atau yang dah bijak, ibu dan ayah kena pastikan buaian di rumah disimpan atau disorokkan dari pandangan mereka. Kalau anak nampak buaian, mesti dia akan minta untuk tidur di dalamnya sebab dah biasa. Jadi, beritahu anak dan cakap dengannya mulai sekarang dia akan tidur atas katil.

Secara tak langsung, ibu dan ayah kena nekad juga dan tak gunakan buaian lagi dalam tempoh ‘latihan’ ini.

Kalau susah sangat mahu tidur, cuba guanakan buaian

Alah Bisa, Tegal Biasa

Kalau stres datang, ingatlah bahawa kita bukan sengaja nak biarkan mereka menangis. Sebaliknya, kita sedang mengajarkan anak sebuah kemahiran yang penting – iaitu cara untuk tidur sendiri.

Kemahiran ini membantu anak anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak pada waktu malam. Jika anak terjaga tengah malam, mereka tak mudah menangis jika tiada keperluan seperti lapar atau lampin basah. Secara automatiknya, ia akan melatih mereka menjadi seorang yang independent.

Awal-awal memang susah, tapi lama-lama anak anda pasti akan boleh tidur tanpa buaian. Letih itu lumrah, maka anda perlu membuat persediaan mental untuk menghadapi saat ini. Kerjasama antara suami dan isteri juga amat penting supaya masing-masing dapat memberi moral support semasa menjayakan proses ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×