Asuh

Bukan Hanya Cakap ‘Tolong’ & ‘Terima Kasih’. Ini 7 Cara Ajar Anak Tentang Adab

947
SHARES

“Zikri, sini salam dengan Uncle… Tengok Uncle bagi apa tu. Cakap terima kasih ya. Pandai anak Babah.”

Sejak kecil lagi, anak-anak sudah boleh meniru perbuatan ibu bapa. Sungguhpun mereka belum dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dengan jelas seperti orang dewasa, namun mereka  boleh diajarkan tentang adab sesuai usia. Malah, adab amat penting untuk membina sahsiah diri anak-anak serta membantu membentuk karakter mereka.

Jadi, jangan pandang ringan tentang adab dan praktikkannya dalam kehidupan harian bersama si kecil melalui tips ini.

7 Cara Efektif Mendidik Anak Tentang Adab

1. Ajarkan Tentang Empati

Perkara pertama yang perlu difahami semasa mengajarkan tentang adab adalah sifat empati. Menurut sebuah artikel melalui Parenting Science, empati adalah satu bentuk kemahiran yang melibatkan 3 komponen utama, iaitu:

  • kebolehan mengenal perasaan diri sendiri
  • kemampuan memahami perasaan orang lain
  • kemahiran menentukan respon terbaik terhadap emosi tersebut

Kesemua komponen ini nampak seperti sesuatu yang mudah difahami dan bersifat semulajadi. Tapi hakikatnya, ia tidak semudah itu bagi seorang anak kecil. Contohnya, jika seorang anak kecil mengadu sakit perut – mungkin ada kawannya yang mentertawakannya, melarikan diri daripadanya, terus bermain tanpa mempedulikannya, atau ada juga yang datang menumbuk perutnya. Ini semua bergantung kepada respon empati yang mereka rasai.

Empati ini boleh mula diajarkan sejak mereka lahir lagi – cara kita merespon terhadap tangisan mereka, tantrum, atau komunikasi harian amat memainkan peranan terhadap cara mereka mempelajari kemahiran ini.

Foto Kredit: readbrightly.com

Foto Kredit: readbrightly.com

2. Bercakap Tentang Perasaan

“Mama, tengok Makcik gemuk tu. Kelakar, kan?”

Kalau kenyataan ini disebutkan oleh seorang anak yang berusia 3-4 tahun, jangan terus memarahi mereka di hadapan orang ramai. Sebaliknya, bawa anak ke sebuah sudut dan bincangkannya secepat mungkin supaya anak tidak lupa. Beritahu si anak bahawa kenyataan tersebut akan membuat wanita itu berasa sedih. Tanyakan kepada anak sama ada mereka juga pernah berasa terkilan terhadap sesuatu yang diperkatakan oleh seseorang.

Perkenalkan anak tentang perasaan yang pelbagai – bukan sekadar gembira dan sedih saja. tetapi juga emosi yang lebih kompleks seperti kecewa, malu, bingung, bahagia, keliru, dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui perbualan, sambil menonton kartun, atau dengan membaca buku bersama. Antara contoh buku yang dicadangkan adalah:

  • Baby Faces oleh Margaret Miller
  • The Great Big Book of Feelings oleh Mary Hoffman
  • Grumpy Bird oleh Jeremy Tankard
  • Glad Monster, Sad Monster oleh Ed Emberley dan Anne Miranda
  • When Sophie Gets Angry – Really, Really Angry oleh Molly Bang

fotojet-collage

3. Menjadi Contoh Terbaik

Menurut Psych Central, seorang kanak-kanak banyak mencontohi perbuatan orang lain, terutamanya ibu bapa. Hanya apabila seorang kanak-kanak mencecah usia 5 tahun, mereka akan mula menyedari tentang perasaan dan tindak-tanduknya yang mungkin boleh memberi kesan kepada individu lain.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kerana ia sentiasa diperhatikan oleh anak-anak. Sekalipun mereka belum boleh menilai baik dan buruknya, ketahuilah bahawa mereka mudah terikut-ikut dengan perangai kita.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Tegur Dengan ‘Beradab’

Dr Sears, seorang ahli paediatrik menjelaskan bahawa apabila menegur anak, pastikan kita juga tidak lupa adabnya. Cara yang baik adalah dengan mengawal intonasi suara, mendapatkan ‘eye contact’, dan tegurlah dengan lembut. Boleh juga meletakkan tangan pada bahu si anak, mengusap kepala, atau apa saja perbuatan yang menunjukkan anda benar-benar mengambil berat.

Dengan adab yang kita tunjukkan ini, anak-anak akan mendapat mesej bahawa kita menghargai mereka dan kita mahu membetulkan mereka kerana kita sayangkan mereka. Kita mahu anak-anak menjadi anak yang bertanggungjawab dan seorang yang boleh diharapkan. Jika kita menegur mereka dalam keadaan marah-marah dan menengking, ia bertentangan dengan adab yang diajarkan. Malahan, si anak mungkin hanya akan mengikut nasihat kita kerana takutkan kita.

cara disiplin anak

Foto Kredit: kidspot.com.au

5. Memuji ‘Di Belakang’ Anak

Sekiranya anak melakukan sesuatu perkara yang baik, pujilah mereka di depan pasangan. Cakap dengan pasangan seolah-olah anda tidak tahu anak anda berada di situ. Hati siapa yang tak berbunga apabila ‘terdengar’ seseorang memuji kita di belakangnya, bukan? Ini adalah salah satu teknik memuji anak yang berkesan, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya mengaplikasikan adab yang telah diajarkan.

Secara tidak langsung, pakar berpendapat proses ini membantu anak-anak untuk mempercepatkan proses pembelajarannya. Ia menggalakkan kelakuan baik dan memberi mesej kepada si anak bahawa anda sentiasa mahukan mereka berkelakuan baik di mana-mana saja mereka berada.

adab dengan ibu bapa

Foto Kredit: nj.com

6. Elak Ganjaran Mahupun Hukuman

Secara semulajadinya, anak kecil boleh berkelakuan baik dan bijak menunjukkan rasa simpati. Namun, eksperimen sosial menunjukkan anak kecil akan kurang berbuat demikian sekiranya mereka sentiasa diupah dengan ganjaran berbentuk material.

Sebuah lagi kajian mendapati bahawa anak kecil mampu memiliki kemahiran untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara dengan lebih baik sekiranya mereka dibesarkan dengan disiplin yang konsisten, tegas, tapi bukannya melampau. Apabila mereka sentiasa dihukum dengan berat, pembentukan moral dan rasional tidak dapat berkembang dalam diri mereka secara optimum.

kesan pukul anak

Foto Kredit: thetimes.co.uk

7. Konsisten

Akhir sekali, jangan sekadar menunggu di khalayak ramai untuk menjaga adab. Sebaliknya, ibu bapa mesti konsisten dalam mempraktikkannya di rumah supaya ia terbiasa dan menjadi tabiat.

Pada awalnya mungkin susah, tapi lama-kelamaan, anak akan terbiasa dan tak perlu disuruh lagi.

adab dengan ibu bapa

Kawalan Emosi Yang Baik Membantu Anak Menghadapi Situasi Sukar

Adab yang diajarkan kepada anak bukan saja membantu mereka membawa diri di hadapan orang ramai, tetapi ia sebenarnya sebuah mekanisme yang turut membantu anak kecil menguruskan emosi. Dengan kemahiran ini, mereka lebih berupaya menghadapi situasi yang sukar dengan lebih efisyen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×