Asuh

Calon SPM Hilang Selepas Pulang Sekolah, Ibu Rayu Orang Ramai Cari Mohamad Jaffan

2
SHARES
calon spm

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil dilapor hilang selepas tidak pulang ke rumah. Menurut laporan, calon SPM ini dilihat terakhir kali selepas dia pulang apabila tamat sesi persekolahan di Kepong sejak Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.11 malam di Balai Polis Kepong oleh bapa mangsa.

Baca juga: Tragis! Tubuh Pelajar Ditemui Di Sekolah Bersama Nota Terakhir, Tertekan Gagal Dapat Nombor 1

CALON SPM HILANG SEJAK SELASA, IBU MOHON BANTUAN CARI ANAK..

calon spm

Tambah Timbalan Ketua Polis juga, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian sukan putih iaitu kemeja T sukan dan seluar tracksuit.

“Tolong, kami sudah cari merata. Dia anak yang baik, bukan budak nakal, kami sekeluarga risau sangat.”

Itu ungkapan pertama Rozita Nordin, 49, ketika dihubungi pemberita selepas anaknya dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan di Kepong. Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.

Rozita berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu semalam. Susulan itu, usaha mengesan mangsa sedang dijalankan selepas satu kertas siasatan telah dibuka mengikut kategori Orang Hilang.

“Setiap hari saya hantar anak saya ini dan adiknya ke sekolah. Waktu pulang pula kami upah pemandu teksi yang sudah lama membantu mengambil anak saya sejak zaman abangnya lagi”

“Semalam pemandu teksi itu tunggu anak saya bersama adiknya, lebih sejam juga tunggu tapi Jaffan tidak keluar dari kawasan sekolah sebelum pakcik teksi ini hubungi saya untuk maklumkan,” kata ibu Jaffan.

Sudah pasti ibu ini buntu dan sangat risau dengan keselamatan anak lelakinya yang tidak pernah keluar seperti ini. Ibu ini turut memberitahu bahawa anaknya pula bukannya jenis yang ramai kawan, selalu ke surau dan memang anak yang baik.

Oleh itu, orang ramai yang mengesan remaja terbabit boleh menghubungi bapanya, Mohamad Jalil Mohamad Kasim di talian 012-2140209 atau ibunya, Rozita di talian 012-2345823. Semoga cepat diketemukan dan baik-baik sahaja keadaannya..

Baca juga: Pernah Tular Hidap Kanser Mata Tahap 4, Adik Alisa Telah Menghembuskan Nafas Terakhir

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×