Didik

10 ‘Port’ Beli Buku Kanak-kanak Preloved Dari UK & Australia Dengan Harga Serendah RM4

8.5K
SHARES

“Nak masuk cuti sekolah ni, kenalah standby aktiviti dekat rumah sikit. Kalau tak mesti budak-budak tu boring nanti… Kalau tambah stok buku cerita dan buku aktiviti pun bagus juga.”

Agaknya kat mana nak beli buku kanak-kanak yang murah-murah ye? Nak tunggu Big Bad Wolf bila lagi? Yang preloved pun ok, asalkan condition elok kan?

Sebenarnya budak-budak ni kebanyakannya memang sukakan buku, asalkan kita carikan bahan bacaan yang sesuai dan membaca sekali dengan mereka.

Mesti ramai antara kita yang bercita-cita nak kumpul banyak koleksi buku kanak-kanak. Yalah, selain dapat memupuk budaya membaca, dapat juga alih perhatian anak daripada asyik menghadap gajet kan?

Tapi buku kanak-kanak ni kadang-kadang boleh tahan juga harganya kalau kita beli yang baru. Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak tu, kenalah menabung sikit.

Apa kata kita jenguk beberapa ‘port’ terbaik untuk beli buku kanak-kanak terpakai atau preloved ini. Walaupun second hand, buku begini tetap elok dan kebanyakannya pula jenis yang diimport dan berkualiti. Harganya pun tentulah jauh lebih murah. Memang berbaloi kalau kita nak borong banyak-banyak!

10 ‘Port’ Buku Kanak-kanak Terpakai Yang Murah & Berkualiti Di Malaysia

 

1. My Children’s Book

Koleksi buku terpakai di My Children’s Books sangat banyak dan ia dikatalogkan dengan begitu teratur melalui laman web mereka. Boleh pilih dari kategori usia anak, penulis, jenis board book, paperback dan sebagainya.

Kalau pening nak pilih, anda boleh isikan kata kunci dan buku-buku akan dipilih mengikut kata kunci tersebut. (Contohnya nak cari buku ‘truck’, boleh terus taipkan ‘truck’.)

Mereka juga kerap mengiklankan buku-buku terpilih melalui Facebook Page mereka dari semasa ke semasa.

Harga buku di sini adalah serendah RM4 dan free postage di seluruh Semenanjung Malaysia bagi pembelian melebihi RM100.

Menariknya, bulan November 2019 ini adalah ulangtahun pertama mereka dan ada promosi belian pukal serta free postage ke seluruh Semenanjung Malaysia!

Facebook: My Children’s Books

Laman Web: https://www.childrensbooks.my/

Lokasi: 7-2 Jalan Dato Haji 1, Taman Tan Yew Lai, 58200 Kuala Lumpur.

 

2. Galaxi Buku Kanak-kanak Terpakai

Satu lagi port yang sangat best dan berbaloi untuk beli buku kanak-kanak preloved yang berkualiti adalah di Facebook page Galaxi Buku Kanak-kanak Terpakai atau Little Book Fiesta.

Macam-macam jenis buku ada, daripada bayi sampailah remaja. Rambang mata tau!

Menariknya, mereka juga menyediakan perkhidmatan membeli buku-buku kanak-kanak yang anda nak let go.

Facebook: Galaxi Buku Kanak-kanak Terpakai / Little Book Fiesta

Lokasi: 22A-2 Ken Rimba Commercial Centre, Jalan Lengkuas C 16/C, Ken Rimba, 40200 Shah Alam.

 

3. Ernest Reading Corner

Mendapat rating 5/5 di Facebook page mereka, Ernest Reading Corner adalah salah satu lagi tempat yang boleh ibu-ibu berbelanja untuk mendapatkan buku terpakai yang berkualiti dengan harga yang murah.

Ada pelbagai pilihan buku kanak-kanak jenis bergambar, aktiviti, board books dan sebagainya.

Facebook: Ernest Reading Corner

 

4. Little Jannah Book Store

Bagi orang-orang Melaka yang susah nak cari buku preloved kanak-kanak ni, rupanya ada juga tau satu ‘lubuk’ yang korang boleh dapatkan iaitu di Little Jannah Book Store.

Maklumlah, kadang-kadang tu nak beli banyak mungkin postage fee mahal. Jadi, bolehlah COD terus dengan mereka di Bukit Katil.

Dari semasa ke semasa, mereka akan update bila ada buku terbaru. Nak buat pembelian mengikut kilo pun boleh.

 

5. Yazminz Book Corner

Khas untuk orang Sarawak pula, terutamanya orang Miri, ada banyak pilihan buku preloved kanak-kanak yang berkualiti yang boleh didapatkan melalui Yazminz Book Corner.

Maklumlah, postage fee kalau dari Semenanjung biasanya mahal. Kalau nak yang murah, mungkin ambil masa sikit. So, boleh follow Facebook Yasmin Ruth atau Yazminz Book Corner untuk pembelian. Penghantaran pun cepat!

Facebook: Yazminz Book Corner / Yasmin Ruth

 

6. Happy Dazanak

Di KL banyak, di Melaka ada, Sarawak ada. Eh, Sabah pun ada tau!

Happy Dazanak yang berpusat di Penampang, Sabah menjual buku kanak-kanak terpakai / preloved dari Australia.

Dengan harga mampu milik, buku-buku ini walaupun kebanyakanya masih dalam keadaan elok dan ada juga yang macam baru. Yang pasti, dapat jimat postage. Senanglah orang Sabah nak beli online lepas ni kan?

Jadi, jom follow FB mereka untuk update terbaru!

Facebook: Happy Dazanak

7. nafeesastorytime

Banyak juga koleksi buku kanak-kanak yang murah (serendah RM1), ada yang rare dan limited edition di nafeesastorytime.

Ini link FB Page mereka.

Facebook: nafeesastorytime

IG: nafeesastorytime

 

Beberapa lagi page yang aktif dan selalu update koleksi buku preloved kanak-kanak yang menarik adalah seperti di bawah:

8. Little BanJawa

9. Jolly Preloved Books Group

10. Little Rainbow Bookstore

Selain di page ini, korang boleh juga join group Facebook seperti:

Tak Rugi Tambah Koleksi

Memang berbaloi beli buku walaupun ianya terpakai, sebab kebanyakannya tetap berkualiti. Malah, ada yang dijaga rapi macam baru lagi.

Bila mereka ada banyak pilihan, barulah dapat pupuk semangat membaca. Lagi seronok kalau ibu ayah join sekali membaca. Confirm anak tak cepat boring, dan tak adalah asyik nak main gajet kan?

Banyak lagi sebenarnya kedai atau page yang menjual buku kanak-kanak terpakai di Malaysia.

Kalau ada yang tahu dekat mana lagi, jomlah kongsikan di ruang komen. Mesti ramai nak serbu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×