Famili

Apa Yang Bakal Terjadi Antara Hud Dan Syikin Dalam Drama ‘Bukan Sekadar Lafaz’?

4.8K
SHARES
bukan sekadar lafaz

Sudah pasti ramai dalam kalangan peminat drama Melayu ternanti-nantikan episod drama Bukan Sekadar Lafaz yang sudah berada di kemuncak bukan? Apa yang akan berlaku seterusnya? Katanya dalam episod akan datang, banyak ‘plot twist’ yang berlaku antara Hud dan Syikin?

Baca juga: Rancang Kahwin Tahun Depan? Nah, Ini Tarikh Cantik 2024 Untuk Bakal Pengantin Pilih!

DAH LAMA CRUSH DARI SEKOLAH, TAKKAN NAK BERPISAH…

bukan sekadar lafaz

Baru nak timbul bibit cinta antara Hud dan Syikin, dah macam-macam dugaan yang mereka kena hadapi. Demi janji Hud pada Ayah Syikin dan gangguan orang ketiga membuatkan Hud dalam dilema untuk meneruskan mahligai yang dibina. Siapalah yang nak berpisah kan, kalau dah lama crush dari zaman sekolah.

Makin nak sampai ke hujung ini, makin suspen nak tahu apa yang bakal terjadi lepas ni. Harapnya ada ending yang indah-indah untuk Hud dan Shikin. Memang hebat lakonan Alif Satar dan Wanna Ali dalam drama ini. Bukan mudah ya, nak bawa watak yang perlu keluarkan air mata.

Bukan itu sahaja, syabas kepada pelakon lain juga yang berjaya membawa watak masing-masing sampaikan jumpa dekat luar pun, peminat terbawa-bawa nama watak dalam drama ni. Paling dinantikan, semoga dengan episod akhir nanti akan memberi impak yang lebih kuat dan menarik kepada penonton di luar sana.

Jangan lupa saksikan drama Bukan Sekadar Lafaz, Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di slot Akasia, TV3. Pada anda yang terlepas nak tengok episod sebelum ni, jangan risau,  boleh tonton semula semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di platform iQIYI!

bukan sekadar lafaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×