Kini Trending

Bukan Calang-Calang Sumbang, Abang Driver Ambulans Juara Minggu Kedua Sumbang Suara TV3!

24
SHARES

Hujung minggu anda kini tidak suram lagi dengan adanya program realiti kegemaran ramai iaitu Sumbang Suara! Kembali menemui penonton untuk musim kedua, Sumbang Suara sudah pasti membariskan lebih banyak bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian yang pastinya akan menghiburkan hati anda.

Apa yang lebih menarik, Sumbang Suara Musim Kedua akan dihoskan juga oleh Elly Mazlein dan bersiaran setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam di TV3 atau layari Tonton. Program ini menampilkan Dato’ Awie dan Hazama sebagai wakil netizen untuk mengenal pasti pemenang yang dapat memberikan persembahan yang paling ‘meletop’ walaupun dia bersuara sumbang.

Abang Driver Ambulans Juara Minggu Kedua Sumbang Suara TV3!

Nampaknya, sumbang bukan sekadar sumbang kerana pemenang dalam episod kali ini adalah Abang Robi yang berasal dari Marang, Terengganu. Berusia 52 tahun dan ayah kepada 6 orang anak ini telah bekerja selama 20 tahun sebagai pemandu van ambulans, ternyata Abang Rodi juga sering menghiburkan orang ramai ketika majlis kenduri dan berkaraoke. Meriah betul!

Abang Robi, pemenang minggu kedua.

Apabila ditanya apa perasaannya menjadi juara Sumbang Suara untuk minggu kedua, memang tidak disangka dan rasa gembira sekali. Bukan itu sahaja, dia juga rasa dihargai kerana masih mendapat perhatian dalam rancangan Sumbang Suara. Mana tidaknya, selalu program nyanyian hanya mencari orang yang mempunyai suara yang merdu sahaja kan?

Abang Rodi juga menitipkan pesan untuk orang ramai yang suka menyanyi namun tidak yakin dengan suara sendiri adalah supaya menjadi orang yang lebih berani, buang sifat malu dan perlu mempunyai semangat yang tinggi.

Jadi, buat anda yang mempunyai bakat seperti Abang Rodi, apa lagi? Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat dalam rancangan Sumbang Suara!

Sumbang Suara di TV3.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×