Famili

Budak Lelaki 11 Tahun Maut Dibelasah Rakan Gara-Gara RM4

93
SHARES

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin terletak di Kuantan, semalam.

Dalam kejadian di bangunan surau asrama antara jam 3.45 hingga 4.15 petang itu, mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh suspek berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri.

Baca juga: Apa Nak Jadi? 3 Wanita Bergelek Sakan Di Majlis Akhir Tahun Sekolah Tahfiz!

BUDAK LELAKI 11 TAHUN MAUT DIBELASAH RAKAN GARA-GARA RM4

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Menurut beliau, kejadian itu disedari oleh penyelia asrama yang juga pengadu berusia 35 tahun selepas mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada waktu itu mangsa masih bernyawa dan pada awalnya disyaki diserang sawan, lalu pengadu bersama seorang lagi penyelia asrama segera membawanya ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sejurus tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Menerusi siasatan awal kejadian berlaku ketika mangsa bersama tujuh rakan, termasuk suspek yang dilantik sebagai ketua ditugaskan untuk melakukan gotong-royong membersihkan surau.

“Ketika di surau itu, suspek dipercayai mencekik dan menghempas mangsa ke lantai sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mengambil wangnya berjumlah RM4,” jelasnya.

Suspek difahamkan tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang tidak mengambil serius tegurannya. Suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×